`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Wednesday, September 3, 2014

Spa Koboi Tawar Seks Di Kota Kinabalu, Sabah Pula..

DUA wanita warga asing menunggu pelanggan di premis urut di Kota Kinabalu baru-baru ini.







KOTA KINABALU - Hanya bermodalkan wajah menarik, pakaian seksi dan jelingan manja berahi sudah cukup mencairkan hati lelaki bermata keranjang yang terdesak mengharapkan belaian gadis luar negara.

Lelaki seperti ini juga dikatakan sanggup berbelanja besar hingga mencecah RM300 semata-mata untuk mendapatkan urutan seks selama 60 minit di spa itu yang juga popular sebagai 'spa koboi'.

Caranya sangat mudah iaitu pelanggan akan dibawa ke ruang menunggu di tingkat dua premis berkenaan sebelum dijamu dengan minuman oleh beberapa pekerja lelaki.

Untuk memilih pasangan, pelanggan hanya perlu meninjau ke sebuah bilik yang menyajikan beberapa wanita lengkap berpakaian seksi sebelum diiring menuju ke tingkat tiga yang menempatkan bilik kosong.

Tinjauan Kosmo! di sebuah pusat spa di bandar raya ini turut mendapati, kira-kira 20 tukang urut yang bekerja di premis berkenaan merupakan warga Thailand dan Filipina dipercayai memasuki negara ini menggunakan pas lawatan sosial.
Tempoh tiga bulan yang dibenarkan untuk berada di negeri ini digunakan sebaiknya oleh mereka bagi mengaut keuntungan ribuan ringgit sebelum pulang. (Kosmo)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.