`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Sunday, November 23, 2014

Akibat Suami Kerap Tinggalkan Rumah,Istri Di henjut Lelaki Lain


BESUT- Angkara mencintai isteri orang, seorang lelaki terpaksa bermalam
dua hari di hospital akibat cederah dibelasah penduduk kampung apabila 
perbuatan terkutuk mereka dilihat suami wanita itu sendiri.

Dalam kejadian kira-kira jam11 malam kelmarin, lelaki berumur 20 tahun yang
bekerja sebagai tukang jahit di kampung Pangkal Changgong, Machang, 
Kelantan itu cederah di beberapa bahagian badan termasuk kepala apabila
dipukul penduduk kampung.

Difahamkan, dalam kejadian di sebuah kampung di kawasan jabi yang terletak
beberapa kilometer dari kampung Renek di sini, lelaki terbabit dibelasah ketika
berada di dalam rumah sewa wanita itu. Mangsa dan wanita berkenaan dibawa
ke Balai Polis Jertih sebelum diserahkan kepada Pejabat Agama Daerah berkenaan.

Sebelum itu, kira-kira jam 10 malam, wanita itu dikatakan telah pergi menghantar
suaminya yang berusia 23 tahun yang hendak bermain Futsal di sebuah gelangang
futsal di kawasan Jertih.Apabila isteri pulang ke rumah, dikatakan terus menghunbungi
buah hatinya untuk datang ke rumahnya setelah membuat temujanji sebelumnya.

Difahamkan sejam kemudian suami menghubungi isterinya namun tidak dijawab 
menyebabkan suani risau dan mengesyaki ada sesuatu yang berlaku yang tidak baik,
suami terus pulang ke rumah bersama rakannya untuk mengetahui apa yang berlaku 
terhadap isterinya.

Apabila tiba di rumah, dia dapati sebuah kereta Produa Myvi berada di hadapan
rumahnya sebelum dia mengintip melalui lubang rumah dan mendapati isterinya 
bersama seorang lelaki dalam keadaan telanjang tanpa seurat benang sedang
berasmara.Suami berkenaan terus masuk ke dalam rumah bersama beberapa
penduduk kampung menyebabkan berlakunya pergelutan antara lelaki tersebut dan
penduduk kampung.

Suami wanita itu yang bekerja sendiri kemudian menghubungi penguatkuasa syariah
pejabat agama daerah sebelum kedua pasangan itu diserahkan kepada balai polis. 

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.