Gambar hiasan
ALOR SETAR - Seorang bapa tergamak membawa anak perempuannya yang berusia 11 tahun ke sebuah rumah tumpangan untuk bersenggama dengan kekasihnya bagi mengaburi mata pihak berkuasa.
Bagaimanapun, taktik kotor mereka itu terbongkar setelah sepasukan penguatkuasa Jabatan Agama Islam Kedah (JAIK_ membuat serbuan Ops Bersih pada jam 12 tengah malam, kelmarin.
Ketika serbuan, duda yang berusia 33 tahun dan mempunyai tiga orang anak ditangkap bersama dengan pasangannya yang juga seorang jururawat peribadi berusia 27 tahun memaklumkan bahawa mereka sudah berkahwin.
Namun, pihak JAIK mendapati mereka tidak mempunyai sijil nikah yang sah dan mengubah status sebagai telah bertunang.
Pasangan itu memberikan alasan mereka bakal berkahwin, tetapi akibat masalah kewangan, hasrat mereka terpaksa ditangguhkan.
Menurut anak kecil lelaki itu, dia mengaku kerap mengikut ayahnya ke kawasan itu untuk berjumpa dengan jururawat berkenaan. Sekali gus mendedahkan pasangan ini mungkin telah lama bersekedudukan.
Difahamkan, gadis berasal dari Baling itu menyewa di kawasan terbabit sejak beberapa bulan lalu bersama pasangannya. - MY MEDIA HUB
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.