`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Saturday, November 29, 2014

Gadis Trauma 20 Gambar Tanpa Pakaian Disebar Teman Lelaki

berita harian online | Kuala Lumpur: Gara-gara ingin memutuskan hubungan cinta, seorang remaja terpaksa menanggung malu apabila gambar bogelnya di muat naik ke laman sosial Facebook oleh bekas teman lelakinya.

Mangsa menyedari kejadian berkenaan ketika melayari laman sosial berkenaan apabila melihat lebih 20 gambarnya tanpa seurat benang menjadi tatapan umum.

Difahamkan, mangsa yang berusia 17 tahun sering berkongsi gambarnya dengan teman lelaki yang dikenalinya sejak setahun lalu itu melalui laman sosial terbabit.

Menurut sumber, mangsa belum pernah bersua muka dengan teman lelaki alam mayanya itu tetapi kerap bersembang dan berkongsi gambar melalui aplikasi WeChat sepanjang perhubungan mereka.

“Bagaimanapun apabila mangsa cuba memutuskan hubungan cinta alam maya itu, suspek menyebarkan gambar bogelnya. Suspek dikatakan turut menghubungi seorang ahli keluarga mangsa melalui aplikasi WeChat dan mengaku menyebarkan gambar mangsa di laman sosial,” katanya.

Menurutnya, suspek mengaku bertindak sedemikian untuk mengaibkan mangsa kerana memutuskan hubungan cinta mereka dan mangsa membuat laporan di balai polis Pudu, di sini.


sumber: pilihan-anda.blog

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.