`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Saturday, November 29, 2014

Keluarga Mahfuz Omar Diberi Projek Oleh Umno Kedah



JAMILAH HAMZAH
ALOR SETAR - Pesuruhjaya Pas Kedah, Datuk Mahfuz Omar mengakui kontraktor menguruskan projek ubah suai bangunan kediaman rasmi Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir berharga RM1.4 juta ialah syarikat milik abangnya.

Bagaimanapun, Mahfuz menggesa satu lagi projek ubah suai landskap bernilai RM2.9 juta di kawasan kediaman rasmi itu didedahkan siapa kontraktor yang  menguruskannya.

Menurutnya, Mukhriz juga perlu menyatakan bagaimana tender projek ubah suai landskap itu diberikan kepada kontraktor tersebut sama ada dalam pengetahuan Unit Perancang Ekonomi Negeri (Upen) dan sebagainya.

“Syarikat tersebut memang syarikat abang saya, namun itu bukan persoalannya dan bukan cara Mukhriz untuk menutup soalan berkaitan projek landskap itu.

“Saya bagi tempoh seminggu untuk beliau mengumumkannya, jika tidak saya akan mendedahkan siapa yang uruskan projek tersebut,” katanya, di sini, semalam.

Mahfuz mengulas demikian apabila Mukhriz yang juga Adun Ayer Hitam itu mendedahkan perkara tersebut dalam sidang Dun Kedah, baru-baru ini.

Tambahnya, Mukhriz juga perlu mendedahkan harga serta kuantiti pokok kurma dan pokok palma yang ditanam di kawasan tersebut.

“Selalu pokok kurma diimport daripada Thailand harga termasuk kos penghantaran untuk setiap satu adalah RM1,000 manakala pokok palma itu lebih kurang RM600 hingga RM700 sepokok.

“Jadi kita nak tahu berapa jumlah sebenar pokok-pokok tersebut dan dari mana ia diimport,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.