`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Saturday, November 29, 2014

Gambar pemain bolasepak kebangsaan hisap rokok di Singapura

Kiriman Facebook yang menunjukkan pemain kebangsaan Malaysia menghisap rokok di luar hotel penginapan mereka di Singapura. – 28 November, 2014.

Gambar dimuatnaik ke dalam Facebook menunjukkan pemain bolasepak Malaysia memakai jersi kebangsaan menghisap rokok di khalayak ramai di Singapura mencetuskan pelbagai reaksi di kalangan pengguna internet.

Gambar tersebut dimuatnaik oleh pengguna Facebook bernama "Jose Raymond" pada 9.50 pagi tadi.

Berpakaian dalam jersi hitam kuning, penyerang utama Safee Sali dilihat sedang merokok dalam gambar berkenaan.


Mereka berada di Singapura dan akan bertemu tuan rumah untuk perlawanan Kumpulan B Piala AFF Suzuki esok.

Jose Raymond, dalam postingnya, berkata:

“Inilah satu sebab mengapa saya yakin Lions akan melayakkan diri ke separuh-akhir pada Piala AFF Suzuki. Sekurang-kurangnya, tanggallah baju kebangsaan kamu.

"Anda kenal sesiapa antara mereka?"

Raymond, yang merupakan ketua pegawai eksekutif Majlis Alam Sekitar Singapura, berkata gambar tersebut diambil ketika pemain tersebut makan malam di sebuah restoran berdekatan hotel penginapan mereka.

“Ia juga sebagai peringatan kepada kita semua bahawa dunia sekarang amat berbeza dan anda diperhatikan sepanjang masa, tidak kira di mana kita, lebih-lebih lagi jika kita tokoh umum," tambahnya.

Bercakap kepada akhbar Today, kapten pasukan bolasepak Tanjong Pagar United Hafiz Osman berkata perkara yang berlaku di luar padang sepatutnya menjadi tanggungjawab pemain.

“(Safee Sali) sepatutnya memilih tempat lebih tersembunyi supaya tidak diperhatikan sesiapa bila beliau merokok," kata Osman.

Sambil menyifatkan Safee antara penyerang terbaik Malaysia, Osman bagaimanapun berkata beliau juga manusia "dan anda tidak boleh menghakiminya berdasarkan perbuatannya”.TMI

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.