Utusan Belasah Macai-macai Menteri Besar Pahang Pula..
ADALAH sesuatu melucukan apabila istilah ‘ditawan’ yang digunakan oleh Mingguan Malaysia berhubung kebanjiran warga asing khususnya warga Bangladesh di Cameron Highlands menjadi perdebatan kelompok yang cuba muncul sebagai ‘pembela’ kepada Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob.
Ramai yang memberi reaksi termasuklah menuduh Utusan Malaysia sendiri tidak boleh dikritik apabila akhbar ini bertindak menegur sikap Adnan, tetapi lebih aneh bukan isu yang diketengahkan menjadi perdebatan tetapi soal istilah.
Bagaimanapun biarlah mereka terus keliru dengan istilah tersebut, kita tidak harus membuang masa untuk memberi penjelasan, apa yang lebih penting ialah persoalan pokok mengenai nasib Cameron Highlands.
Masalah yang berlaku bukan soal istilah tetapi soal pokok iaitu kebanjiran warga asing yang melimpah ruah di tanah tinggi itu atas alasan ia diperlukan oleh sektor pertanian? Kenapakah tidak bercakap soal kemusnahan alam sekitar yang melanda Cameron Highlands?
Kalau betul sayang sangat kepada pentadbiran kerajaan negeri dan sentiasa yakin kewibawaan Menteri Besar Pahang maka kemukakan cadangan bagaimana hendak menangani masalah yang berlaku dan bukannya seolah-olah kembali ‘menyerang’ media.
Kelompok ini perlu faham Cameron Highlands bukanlah satu-satunya kawasan yang menjadi mangsa kerakusan manusia meneroka tanah secara haram, ada beberapa lagi kawasan di negeri itu turut terlibat. Perkara ini seharusnya mendapat perhatian dan diselesaikan segera.
Malang sekali bagi negeri Pahang kerana mempunyai segelintir pemimpin yang masih lagi mengamalkan sindrom penafian dan lebih suka bercakap soal remeh temeh sedangkan isu utama mahu dipejamkan mata sahaja.
Oleh itu adalah lebih baik mereka mereka memberi tumpuan kepada 22 isu dan syor yang dikemukakan serta dibentangkan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengenai isu Cameron Highlands daripada menghabiskan masa mempertahankan perkara lain. Jadilah ‘pembela’ yang memastikan kerajaan negeri memandangkan serius dan melaksanakan semua syor SPRM itu.
Seperkara lagi, dalam keghairahan menjadi ‘pembela tidak bertempat’, ada yang mengaitkan Utusan Malaysia membawa suara pembangkang apabila mengkritik Adnan, tetapi apakah seorang pemimpin UMNO berhak menghina Utusan Malaysia dengan menuduh akhbar ini mencari berita sensasi bagi melariskan jualan akhbar?
Apakah kenyataan itu tidak boleh dikategorikan sebagai emosional? Apakah emosional itu hanya dibenarkan apabila seseorang pemimpin tersebut menunjukkan isyarat lucah di hadapan orang ramai seperti mana berlaku dalam pilihan raya kecil Sanggang tidak lama dahulu?
Utusan Malaysia tidak kisah dikritik kerana sepanjang masa menjadi mangsa kritikan bukan sahaja oleh pemimpin pembangkang tetapi juga pemimpin kerajaan tetapi biarlah ia berasaskan kepada fakta yang dibentangkan.
Sepatutnya yang perlu ditumpu dan diberi perhatian ialah mengenai sesuatu kejadian yang didedahkan bukannya soal istilah yang digunakan apatah lagi kalau ia dalam kategori metafora. Justeru kalaupun hendak menjadi ‘pembela’ sekali pun fahamilah dahulu isu yang diketengahkan dan betapa serius masalah yang dipaparkan.
Kenapakah pendedahan Mingguan Malaysia dan Utusan Malaysia sebelum ini seperti penyelewengan diesel bersubsidi, jenayah di Kuala Sepetang, kegiatan mesin judi haram dan penyeludupan rokok dan arak tidak dilayan secara emosional oleh menteri, menteri besar, ketua menteri atau pegawai kanan yang terlibat? Kenapakah apabila menyentuh sahaja isu di Pahang ia dianggap usaha untuk memburuk-burukkan Adnan?
Pendedahan yang dibuat bertujuan mencari penyelesaian bukannya mahu menjatuhkan sesiapa, tetapi biasalah penyokong orang politik tidak akan selesa jika idola mereka dikritik kerana bimbang ‘dahan yang dipaut’ akan patah, biarpun dahan itu sepatutnya sudah lama ditebang ~ Utusan

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.