`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Thursday, November 6, 2014

Ibu jalin hubungan sulit dengan lelaki warga Nepal


KULIM - Seorang warga Nepal ditemui mati dipercayai akibat ditikam di rumah
kekasihnya yang merupakan isteri orang di Taman Bersatu di sini awal pagi tadi.

Lelaki tersebut dipercayai telah diserang oleh anak lelaki wanita itu dan beberapa 
rakannya yang menyedari mangsa berada di rumah itu.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Abdullah Arshad berkata, mayat mangsa
yang dikenali sebagai Kamal Singh, 27, dijumpai tertiarap dalam sebuah bilik di rumah
teres di kawasan perumahan itu oleh seorang keluarga wanita tersebut kira-kira 4 pagi 
tadi.

"Anggota keluarga berkenaan telah melaporkan kejadian itu kepada polis yang berkejar
ke tempat kejadian dan menemui mangsa berlumuran darah akibat kesan tikaman dengan
senjata tajam di dalam bilik berkenaan," katanya ketika dihubungi hari ini.

Abdullah berkata, siasatan awal mendapati mangsa yang merupakan rakan sekerja
dengan wanita tersebut di sebuah kilang di sini dipercayai mempunyai hubungan intim
dengan wanita berusia 42 tahun itu sejak akhir-akhir ini. - Bernama

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.