`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Sunday, November 2, 2014

Mayat Atas Sofa Di Bawah Pangsapuri



Kuala Lumpur: “Saya sangkakan dia sedang tertidur di sofa. Tidak sangka rupanya dia sudah mati,” kata seorang saksi kejadian yang menemui mayat seorang lelaki di tingkat bawah Pangsapuri Sri Pakar, Cheras di sini, petang semalam.

Dalam kejadian jam 3 pagi itu, mangsa berumur 42 tahun itu ditemui dalam keadaan bersandar di sebuah sofa yang berada di bawah pangsapuri itu.

Saksi itu yang enggan namanya didedahkan berkata, kejadian disedari apabila mangsa tidak memberikan sebarang tindak balas walaupun dikejutkan beberapa kali.

“Kemudian barulah saya sedar mangsa sudah meninggal dunia apabila melihat keadaan wajahnya yang pucat. Saya kemudian segera memaklumkan perkara itu kepada polis,” katanya.

Katanya, beberapa jam sebelum kejadian, mangsa ada mengadu tidak begitu sihat dan sering muntah-muntah.

“Saya ada mengajak dia ke klinik untuk membuat pemeriksaan doktor namun dia menolak. Tidak sangka pula dia ditemui tidak bernyawa tidak lama kemudian,” katanya.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Cheras Asisten Komisioner Chong Kok Sin mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu.

Menurutnya mayat mangsa dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk dibedah siasat sebelum diserahkan kepada ahli keluarganya.

“Siasatan mendapati tiada unsur jenayah dan kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut,” katanya.

- hmetro

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.