`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Friday, November 7, 2014

Pasangan Kekasih kantoi Lampias Nafsu Dalam Kereta


KULIM : Tindakan pasangan kekasih cuba melampiaskan nafsu di dalam kereta 
yang diletakkan berhampiran semak di Taman Tasek Kulim gagal apabila mereka
dicekup oleh anggota polis yang melakukan pemeriksaan di kawasan berkenaan 
kira-kira jam 3 pagi semalam.

Ketika pemeriksaan dilakukan, pasangan kekasih berkenaan sedang berbaring di 
dalam kereta sebelum bergegas bangun sambil membetulkan pakaian masing-masing.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Ghuzlan Saleh berkata, curiga dengan
keadaan kereta berkenaan, sepasukan anggota dari Cawangan Pencegahan Jenayah
(CPJ) diketuai Timbalan Ketua Balai Polis Kulim, Sub Inspektor Mohd Najib Abd 
Aziz melakukan pemeriksaan. 

Menurutnya, dari semakan yang dibuat, pasangan kekasih itu tidak mempunyai 
sebarang rekod lampau jenayah dan diarahkan beredar dari  kawasan semak berkenaan.

“Tindakan pasangan kekasih berkenaan yang dipercayai cuba untuk melampiaskan 
 nafsu di kawasan semak berkenaan amat dikesali.

 “Walaupun tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau namun tindakan sebegini 
 mampu mengundang pelbagai kegiatan jenayah yang lain,” katanya kepada Sinar Harian.

Ghuzlan berkata, pihaknya turut menasihatkan pasangan kekasih supaya tidak ber-
pelesiran di sekitar kawasan Taman Tasek Kulim dan tempat terselindung  terutama 
pada waktu lewat malam.

Katanya, pihaknya bimbang sekiranya kegiatan ini akan menyebabkan berlakunya kes
lain seperti disamun oleh individu atau kumpulan yang tidak bertanggungjawab.

“Polis akan menahan sesiapa sahaja untuk pemeriksaan sekiranya berada dalam keadaan mencurigakan. Ini adalah untuk memastikan mereka berada dalam keadaan selamat dan
tidak diancam oleh mana-mana pihak.

“Tindakan duduk di dalam kereta berdua-duaan di tempat terselindung boleh 
mendatangkan pelbagai masalah. Mereka boleh disamun dan kemungkinan terlibat 
dalam jenayah rogol. 

Saya menyarankan supaya mereka pergi ke kawasan yang cerah supaya senang
meminta pertolongan sekiranya berlaku kecemasan,” katanya. sinar harian

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.