Gambar hiasan
TAMBUN - Seorang pelajar perubatan mengambil tindakan cuba membunuh diri di rumah sewanya di Taman Ipoh Impiana malam kelmarin selepas kecewa melihat gambar kekasihnya bersama wanita lain.
Dalam kejadian oada jam 11.11 malam itu, mangsa, 22, berasal dari Seremban dikatakan mengurung diri dalam bilik dan duduk di balkoni sambil memegang pisau dan gunting.
Tindakan wanita itu disedari oleh rakan serumahnya bertindak menghubungi polis.
Hasil siasatan mendapati, wanita itu mempunyai teman lelaki yang baru dikenali setahun lebih yang lalu telah terlihat gambar lelaki itu dengan wanita lain.
Pelajar terbabit menyewa di tingkat atas rumah dua tingkat itu sempat mengunci pintu tetapi berjaya dipecahkan oleh rakan serumhanya.
Anggota polis dan bomba yang tiba di tempat kejadian mengambil masa 50 minit untuk mk memujuk mangsa menyerahkan senjata di tangannya selain menenangkannya.
Pelajar berkenaan juga dilaporkan telah mengambil ubat penenang sejak dua bulan yang lalu.
Pelajar terbabit telah di hantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun untuk pemeriksaan lanjut. - My Media Hub
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.