Satu video berjaya dirakam menunjukkan seorang pekerja Restoran Ali Maju, Setiawangsa membersihkan meja didakwa tempat tebar roti canai dengan menggunakan mop lantai. Rakaman itu telah tersebar secara meluas membuatkan ramai yang merasa geli dengan kejadian itu.
Walaubagaimanapun, hasil pertanyaan melalui whatsapp kepada pemilik Restoran itu iaitu Dato Ali sendiri mengesahkan bahawa kejadian itu sememangnya berlaku namun bukan di meja tempat menebar roti canai, sebalik meja untuk membungkus Tom Yam yang telah siap. Beliau juga mengatakan akan mengenakan tindakan ke atas pekerja terbabit dan turut mengakui mungkin ada hikmah di sebalik kejadian itu.
Sumber: Pic @Emanthehalia
Inilah kebaikan teknologi pada zaman kini yang mampu mendedahkan sesuatu kejadian namun informasi yang salah juga kadang-kadang akan menganiya pihak yang tertuduh. -Tengoktvonline
Lihat Video:
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.