`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Saturday, November 22, 2014

RON95 mungkin murah 3 sen pada RM2.27 seliter mulai Disember, kata Wahid

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Wahid Omar berkata pengguna boleh harapkan harga bahan api lebih murah memandangkan penurunan harga minyak mentah dunia sekarang dijangka berterusan sehingga dua tahun lagi. – Gambar fail The Malaysian Insider, 22 November, 2014. Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Wahid Omar berkata pengguna boleh harapkan harga bahan api lebih murah memandangkan penurunan harga minyak mentah dunia sekarang dijangka berterusan sehingga dua tahun lagi. – Gambar fail The Malaysian Insider, 22 November, 2014. 
Harga petrol RON95 mungkin tiga sen lebih murah pada RM2.27 seliter bermula 1 Disember, sekiranya harga purata minyak mentah dunia berada sekitar US$80 setong sepanjang November (US$1=RM3.35).
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Wahid Omar berkata pengguna boleh harapkan harga bahan api lebih murah memandangkan penurunan harga minyak mentah dunia sekarang dijangka berterusan sehingga dua tahun lagi.
"Tetapi sekiranya harga minyak dunia meningkat semula, sistem pengapungan terkawal akan turut mengikut," katanya kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat dengan 50 pelajar animasi di bawah program 'Peneraju Skil Iltizam' hari ini.
Ini berikutan harga bahan api global yang lebih rendah daripada harga pam bagi RON95 dan diesel. Harga RON97 ditentukan oleh sistem pengapungan terkawal sejak Julai 2010.
Sementara itu, program 'Peneraju Skil Iltizam' yang diuruskan oleh Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera, diwujudkan bagi memberikan peluang kedua kepada mereka yang cenderung meminati kemahiran vokasional daripada pencapaian akademik.

Program enam bulan itu adalah bagi menampung permintaan industri. Objektif utama adalah melahirkan pekerja Bumiputera berkemahiran tinggi bagi memenuhi permintaan industri kreatif.
Terdahulu dalam ucapannya, Wahid berkata banyak peluang menanti dalam industri animasi dan ia sedang berkembang pesat.
Menurutnya, mengikut Laporan Industri Animasi Gobal 2014, saiz industri bernilai US$222 bilion pada 2013, dan dikuasai oleh Amerika Syarikat, Kanada, Jepun, China, Perancis, Britain, Korea dan Jerman. – Bernama
- TMI

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.