`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Tuesday, November 25, 2014

Saya akan jemput Nazri lawat Sabah tanpa pengawal peribadi, kata Zahid Hamidi

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyangkal pendapat Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri nazri Aziz berhubung keselamatan di Sabah. – Gambar fail The Malaysian Insider, 25 November, 2014.Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyangkal pendapat Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri nazri Aziz berhubung keselamatan di Sabah. – Gambar fail The Malaysian Insider, 25 November, 2014.Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata pandangan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Nazri Aziz mengenai keselamatan Sabah hanya merujuk kepada situasi di kawasan berkenaan pada 6 bulan lalu.
Menteri dalam negeri itu berkata pandangan Nazri itu sudah jauh berbeza dengan keadaan semasa di Sabah selepas tertubuhnya Esscom di kawasan itu.
"Saya merasakan keadaan sudah bertambah baik dan saya akan menjemput menteri pelancongan dan kebudayaan untuk bersama-sama dengan saya tanpa pengawal peribadi bagi melawat kawasan berkenaan.
Semalam, portal Sin Chew Daily melaporkan Nazri berkata Sabah tidak selamat dan beliau tidak akan pergi ke negeri itu tanpa pengawal peribadi.
Nazri berkata walaupun dengan perlindungan pengawal peribadi, beliau tidak akan dapat tidur nyenyak ketika melawat negeri di Bawah Bayu itu kerana kewujudan Esscom menunjukkan tempat itu tidak selamat.
- TMI

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.