`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Sunday, March 22, 2015

Homestay JKKK turut memperkenalkan pelawat datang ke daerah Sabak Bernam

Selepas kira-kira  enam tahun beroperasi, kini Homestay JKKK Kampong Sungai Haji Dorani, Sungai Besar berjaya menarik minat ramai pelawat datang ke daerah Sabak Bernam meninjau berbagai  aktiviti pertanian  , perusahaan Industri kecil Sederhana (IKS) dan tempat sejarah.

Menceritakan sejarah penubuhannya, Ketua Kampong Sungai Haji Dorani, Encik Mat Ismail Basir , berkata tercetusnuya hasrat menubuhkan Homesstay JKKK kerana dalam tahun 2009 lalu terdapat sebuah rombongan pengantin dari negeri di utara Semenanjung datang ke kampung tersebut.

Aktiviti naik gerabak motor menjadi kesukaan pelawat kalangan pelajar untuk melawat sekitar Kampong Sungai Haji Dorani.

" Rombongan tersebut pada awalnya berhasrat menginap di resort yang ada di kampung ini. Kerana kosnya agak mahal dan jumlahnya ramai, mereka meminta jasa baik JKKK untuk memberi kemudahan Balai JKKK sebagai penginapan sementara dan telah di beri kebenaran ".

Katanya, memandangkan Balai JKKK tidak ada kemudahan penginapan rombongan tersebut terpaksa tidur di atas lantai sahaja tanpa tikar dan bantal. Hal tersebut kemudiannya telah dibincang dalam mesyuarat bulanan JKKK dan dari situ lahirlah hasrat menubuhkan Homestay JKKK yang dikelolakan oleh Biro Pelancongannya.

Kemeriahan terbayang di wajah kanak-kanak yang menyertai aktiviti naik sampan dan naik rakit semasa datang berkunjung ke Homestay JKKK Kampong Sungai Haji Dorani.


Oleh kerana tidak ada sumber kewangan dan bantuan luar, Homestay JKKK pada mulanya hanya mengelolakan lawatan sehari tanpa menginap kepada pelawat yang datang dengan mengenakan sedikit bayaran sahaja dan tidak ada perkhidmatan makan minum kepada pelawatnya.

Encik Mat Ismail menjelaskan lagi , di bawah kelolaan Penyelia Homestay JKKK, Haji Ab.Jalil bin Ambot yang pernah bertugas dengan sebuah  agensi pelancongan dan bekas pemimpin pertubuhan belia kampungnya, Homestay JKKK mula dikenali ramai dan dapat bersaing dengan homestay lain di daerah Sabak Bernam dan lebih awal ditubuhkan.

" Alhamdulillah, sekarang Homestay JKKK telah mempunyai aset dari segi peralatan audio / video , peralatan untuk jamuan  pelawat, peralatan aktiviti dan kewangan yang mencukupi, " , katanya.

Menyentuh matlamat Homestay JKKK di tubuhkan, Encik Mat Ismail berkata, pada peringkat permulaan terhad untuk memperkenalkan Kampong Sungai Haji Dorani serta pengusaha IKS di kampung itu semata-mata., selain kemudahan rumah penginapan kepada pelawat yang datang.

Dengan bertambahnya bilangan pelawat dan atas saranan diterima daripada mereka, Homestay JKKK cuba memperluaskan aktiviti lawatan ke kawasan luar pula. 

" Mulai dua  tahun lalu Homestay JKKK telah memperkenalkan pula perusahaan-perusahaan  IKS dan tempat lawatan yang ada di peringkat daerah seperti Muzium Pertanian dan Perikanan , tempat kelip-kelip, Masjid Jin dan sebagainya ". katanya.

Pelawat membeli belah di salah sebuah perusahaan IKS yang terdapat di Kampong Sungai Haji Dorani.

Beliau menambah, semenjak penubuhan Homestay JKKK banyak faedah diperoleh oleh penduduk kampungnya . Seperti berjaya meluaskan pasaran perniagaan berbagai jenis perusahaan IKS, menambah pendapatan tuan punya rumah penduduk , kewangan tambahan pembekal makanan dan memeberi pekerjaan sambilan kepada kalangan belia.

" Homestay JKKK banyak mengalami perubahan kemajuan sejak dari penubuhannya. Ini termasuk menyediakan berbagai jenis pakej lawatan sesuai dengan kemahuan dan cita rasa pelawat yang datang berkunjung , " ujarnya lagi.


 Homestay JKKK menyediakan kolam ikan khas untuk aktiviti memancing ikan tanpa terhad ketika musim bersawah sahaja.

Di antara pakej ditawarkan: Rumah penginapan untuk keluarga dan rombongan pelawat, lawatan sehari hingga lawatan tiga hari dua malam, pakej rekreasi pantai, kajian kebudayaan dan ekonomi serta kemudahan lokasi penggambaran drama TV / Filem.

Menjawab pertanyaan , Encik Mat Ismail berkata pakej terbaru yang akan dilancarkan ialah ' Pakej Makanan Kampung ' di mana pelawat boleh datang ke Kampung Sungai Haji Dorani semata-mata untuk menikmati berbagai jenis makanan disediakan tanpa perlu membuat lawatan atau  menginap di rumah homestay

" Di antara makanan yang di cadangkan ialah masakan lauk ' pecal lele ', nasi ambeng, wadai kepeng, kulit lembu sambal taun, ikan masak ompok dan lain-lain masakan suku kaum Melayu yag ada di kampung ini ," tambah beliau lagi

Beliau berkata, Homestay JKKK menyediakan kemudahan maklumat untuk mereka yang  ingin berkunjung ke Kampong Sungai Haji Dorani melalui talian 019-911 4470 , email : kampongshd@gmail.com, website:http://homestayjkkk.blogspot.com/ , facebook dan whatsapp 017-290 4787.

Aktiviti naik sampan untuk pelawat berkeluarga.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.