Monday, March 23, 2015
LIM KIT SIANG MENCADANGKAN SATU GABUNGAN BAHARU BN DAN PR UNTUK PERINTAH MALAYSIA .
Dengan Pakatan Rakyat (PR) sedang berhadapan dengan perpecahan yang tidak dapat dielakkan, pemimpin veteran DAP merangkap Ahli Parlimen Gelang Patah, YB Lim Kit Siang, mencadangkan penubuhan satu gabungan "Selamatkan Malaysia", yang bertujuan untuk mempertahankan Perlembagaan Persekutuan dan kedaulatan undang-undang.
Dengan kedua-dua Barisan Nasional dan PR menghadapi masalah mereka sendiri dan perubahan senario politik Malaysia menjadi apa yang disifatkannya sebagai "no man's land", veteran DAP itu berkata ini menjadikan masa yang amat sesuai untuk menubuhkan gabungan yang baru, dengan Perdana Menteri dan kerajaan baru.
Ini, katanya mestilah dengan syarat bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan sokongan Umno terhadap enakmen hudud yang bakal dibentang diparliemn oleh PAS.
"Mungkin sudah tiba masanya untuk Ahli Parlimen yang terdiri daripada gabungan baru 'Selamatkan Malaysia' dari kedua-dua belah jurang politik dan Laut China Selatan, untuk mempertahankan perlembagaan dan kedaulatan undang-undang dengan Perdana Menteri baru dan kerajaan baru," katanya berkata, dalam ucapannya di jamuan makan malam ulang tahun DAP di Bukit Bintang, Kuala Lumpur malam tadi.
Sambil menegaskan bahawa idea gabungan itu adalah miliknya sendiri dan tidak bukannya DAP, Lim berkata Perdana Menteri baru boleh datang sama ada dari BN atau PR, selagi pemimpin yang dipilih itu mahu "menyelamatkan Malaysia, mempertahankan Perlembagaan Persekutuan dan kedaulatan undang-undang".
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.