Rumah ibu bapa kepada Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, Hannah Yeoh di USJ Subang Jaya dipecah masuk lima lelaki bersenjatakan parang.
Yeoh melalui laman sosial twitternya berkata, ayah dan adiknya turut diikat oleh lelaki bertopeng sebelum merompak barang rumah.
Twitter aduan itu juga ditujukan Yeoh kepada Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar yang memiliki akaun @KBAB51.
"Lima lelaki dengan parang baru sahaja merompak rumah ibu bapa saya di USJ. Ayah dan adik diikat @KBAB51," katanya melalui laman sosial itu.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.