`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Monday, April 27, 2015

Tua Kui Park Niaw Kui- Hantu Besar lawan Hantu Kecil.

Image result for mahathir on 1mdb

Saya mendengar rakaman  ucapan Dr Mahathir di K Club Melawati. Saya harap rakaman tersebut adalah benar. Saya tidak ada disitu, kerana pihak penganjur seperti Ibrahim Ali tidak anggap saya sebagai Melayu. Pada dia Melayu itu UMNO dan UMNO itu Melayu. Sebab itu saya kata, Ibrahim Ali hanya proxy UMNO. Dan kepada Ibrahim Ali, Redhuan Tee itu Melayu dan saya bukan Melayu.

Dr Mahathir- kalau dia hendak selamatkan Malaysia, janganlah endorse yang terbaik dari yang terburuk- iaitu Muhyidin Yassin. Rekod Muhyidin Yassin semasa jadi MB Johore dahulu apa kurang nya. Dia belum jadi PM, jadi dia berbau wangi. Isteri dia belum isteri PM, juga berbau wangi macam mawar.

Habis segala tanah dikatakan dijual oleh Muhydin kepada cukong2 dan pemaju Cina. Isteri dia pun suka Birkin Hermes.

Berapa kali saya sudah sebut hipokrasi pemimpin UMNO- suruh orang Melayu biasa bermusuh dengan orang Cina biasa, tapi semua pemimpin UMNO bersekatil dengan mereka melakukan bisness. Disebalik semua kejayaan pemimpin UMNO dalam bisness- tentu sekali ada apek cina.
Ini pun orang Melayu UMNO tak nampak.

Sepatutnya, Dr Mahathir kalau dia hendak selamatkan Malaysia elok mencadangkan seorang pemimpin yang dihormati oleh ramai pihak dan ada integrity. Sayang sekali yang ada integrity ialah orang UMNO sendiri yang Dr Mahathir semacam ada kebencian mendalam. Kalau betul nak selamatkan Malaysia, baik sahaja dr Mahathir endorse Tengku Razaleigh Hamzah.

Walaupun bukan dalam hairaki UMNO tapi keadaan luar biasa memerlukan tindakan yang luar biasa.

Saya rasa Tengku Razaleigh boleh menstruktur semula pemerintahan Malaysia ini dengan politik yang inklusif termasuk mendapat komitment dari parti pembangkang.

Tidak ada acara BN boleh memerintah Malaysia. Semua parti BN sudah hilang kredibiliti. UMNO tidak mendapat kepercayaan orang melayu- Cina menolak MCA dan sokongan kepada pemimpin India DAP lebih banyak dari sokongan kepada India MIC.

Ini adalah kenyataan. Suka atau tidak suka, belajarlah menerima nya.

Kita hendak yang jujur dan amanah dan cekap bukan yang buta sebelah mata dilakangan yang buta kedua belah mata. Saya kata, kita lupakan sahaja Muhyidin Yassin. Maaf- maksud saya, orang Melayu yang bukan UMNO lupakan Muhyidin Yassin. Dan orang Melayu yang bukan sokong UMNO lebih ramai dari Melayu yang sokong UMNO.

Dr Mahathir bukanlah ceritakan perkara baru kepada kita. Skendel penyonglapan wang dari 1MDB dibangkit dengan sengit oleh pemimpin parti pembangkang seperti Tony Pua dan Rafizi Ramli.

Orang UMNO bua tak faham skendel kewangan ini, kerana ia melibatkan ketua mereka. Tangggung jawab pemimpin umno bukan keatas negara, tapi keatas pemimpin mereka. Tidak mengapa dia buat salah- dia orang melayu.

Dari jalan2 dan lorong segenap kampong dan bandar serta kota, desas desus mengenai pembunuhan Altantuya sudah lama kendengaran dan semua lorong dan jalan tersebut nampaknya menghala kepada PM Najib, Rosmah, Razak Baginda dan orang2 yang berkerja dengan mereka.

Siapa yang dalam hairaki UMNO yang hendak Dr Mahathir munculkan sebagai pengganti? Dr Mahathir mestilah jujur dalam perkara ini. Dia tidak ada sesiapa dikalangan hairaki pimpinan UMN yang ada sekarang. Yang ada dalam UMNO ialah orang yang berada diluar hairaki tradisional.

Tentu bukan Muhyidin yang ada skendel kewangan dia sendiri. Saya harap tidak. Tentu juga bukan cucu Onn Jaafar yang lebih suka main computer games dan datang pejabat waktu tengah hari sahaja. Kejayaan kecil dia handle kehilangan MH370 tidak boleh menutup kegagalan nya menangani pencerobohan lasykar suluk di Sabah.

KJ? Kj dah gone case. Dia akan dipancung oleh veteran UMNO sebelum boleh bercakap apa2. Dia gagal menjawab soalan Kit Siang dalam parlimen bagaimana dia jadi penganggur yang terkaya di Malaysia dan sehingga hari ini, belum dapat meyakinkan LHDN mengenai pendapatan nya. KJ hanya terkenal sebagai menteri yang berulang kali menanam rumput padang untuk stadium Bukit Jalil. Pun masih gagal.

Reality nya, UMNO sudah bengkrap pimpinan.  Dari UMNO, Malaysia tidak ada masa depan. Yakni UMNO dalam bentuk sekarang dan barisan pemimpin terdapan yang ada sekarang. Shafie Apdal?  he is a non-starter.

Apabila Dr Mahathir kata dia boleh excuse Najib kerana tidak mahu meneruskan jambatan bengkok, saya rasa gembira kerana tidak perlu menerangkan rasional pembinaan jambatan bengkok tersebut.

Walaupun ianya mempunyai obkejktif jangka panjang untuk menghentikan monopoli Singapura keatas penyinggahan kapal di Singapura, aspek negatif pembinaan jambatan bengkok itu ialah ianya diasaskan atas pinsipbeggar thy neighbour  atau memiskinkan jiran.

Walaupun begitu, saya bersedia mempertahankan pembinaan jambatan bengkok, atas asas prinsip bahawa Singapura mestilah bersedia berkongsi kemakmuran disamping menyelesaikan pencemaran laut di Johore straits dengan membuka causeway lama.

Singapura ada cukup talent pool untuk mengatasi rintangan fisikal. Let us share the prosperity dan jangan beri Singapura menikmati monopoly seorang diri.

Dr Mahathir tanya dimana baki RM27 billion? dimana hilang nya RM27 billion tersebut? Tak hilang Doc- tapi ada silap mata. Silap mata yang diperstujui oleh anak bekas PM yang Doc idolise.

Ia tidak hilang. Mesti ada dalam balance sheet. Atau dalam bentuk cash. Mungkin apa yang sebetulnya terjadi, Najib dan geng penyamun sudah sedar, nilai RM27 billion bukan lagi RM27 billion, tapi sudah susuat nilai. Pelaburan yang bernilai RM27 billion asalnya sudah jatuh harga.

Mengapa jatuh harga? Mungkin kerana ianya dilaburkan dalam portfolio yang sucks. Yang kita nak tanya ialah siapa arahkan dan luluskan pelaburan RM27 billion ini? Keatas pelaburan apa? Apa nilai pasaran semasa pelaburan RM27 billion ini?

Cakaplah, jangan membisu seribu Bahasa Encik PM.

Kalau dilunaskan kedalam bentuk wang cecair, berapa kita dapat? Tak cukup nak cover, jual assets. MP UMNO dalam parlimen jawablah sama- selalu buat bising mengenai assets dan pelaburan- kalau kita cash out berapa dapat?

Kalau kita hilang RM27 billion, tentulah kita tidak boleh dapat balance sheet yang balance. Kita tak boleh close akaun.  Adakah akauntan buat silap mata kepada kita? Adakah akauntan bertauliah telah memalsukan lapuran akaun tahunan?

Mana2 akauntan boleh memberitahu bahawa kemungkinan besar, wang RM27 billion itu dalam pelaburan yang tidak boleh cash out sekarang disebabkan oleh ikatan kontrak dan obligasi kontrak

atau yang lebih munasabah, nilai semasa pelaburan tersebut telah menurun terlalu rendah  dan jika kita cash out, akan mengujudkan lubang yang lagi besar dari empangan Bakun atau Task kenyir dalam akaun tahunan 1MDB. .

Soalan lagi satu ialah mengapakah 1MDB berhutang lebih dari keperluan? mengapa pinjam RM100 bilion sebagai contoh sedangkan wang yang diperlukan ialah RM40 billion?

ini soalan yang Najib kena jawab. Dan mengenai nilai pelaburan yang menurun dan tidak membenarkan kita cash out, saya rasa siang malam Najib berdoa, dan berbomoh dari siam,  Indon dan India suaya pelaburan RM27 billion itu akan naik. Mungkin Kenneth Eswaran kena cari bomoh India yang kuat mandrem nya.
Mengenai mengapa pinjaman lebih dari keperluan, ianya mungkin hanya hendak ujudkan lebihan supaya dapat dikongsi bersama antara penyamun. Antara penyamun ada prinsip- wa haramun kalau makan sorang, wa halallun kalau kongsi sama.

Kita sudah letih bercakap halus dan sopan. Cakap halus pun, rompakan kasar berlaku didepan mata.

saya rasa kita kena tanya apek Cina Jho Low. Mengapa dia tidak disoal? Kenapa PM melindungi dia?

Saya diberitahu oleh pegawai 1MDB bahawa waalupun Jho Low bukan director syarikat, penglibatan nya dibelakang segala urusniaga 1MDB amat dominen seolah olah dia director of operations.

Mungkin kerana dia rasa dia disokong oleh Najib dan Rosmah sebab itu si apek cina ini berani buat apa2 termasuk menggunakan nama Najib untuk kelentong Shahrol Helmi melepaskan pelaburan USD 1 billion dan kemudian meluluskan bayaran USD700 million kepadaGood Star Limited.

Atau Najib telah mendapat  nasihat dari geng Mamak di JPM – yakni si pelesap berbillion wang di bank Negara dan bekas pengarah syarikat Mun Loong yang terkenal sedikit masa dahulu. Atau Najib mendapat nasihat professional dari India yang masuk Islam yang telah mencipta pembiayaan kreatif RM30 billion kepada PPFI yangmembuayai membiayai 800 lebih syarikat tapi satu pun tidak ahli Persatuan kontraktor Melayu Malaysia. Hidup PKMM.

Apa yang boleh Najib lakukan sekarang?

Berdoa supaya nilai pelaburan naik lebih dari RM27 billion. Doa kepada Allah, pakai bomoh siam, Indonesia dan India. Ada bomoh Vietnam, china dan lain2. Doa juga supaya pelaburan dalam syarikat Gobi Coal naik. Jika tak tidak, Najib kena nyahkeluar write off RM4 billion kerana pelaburan di Mongolia.

Apa hal dengan Mongolia ini? apa2 yang bersangkutan dengan Mongolia hancur lebur nampaknya.  

Najib kena jawab dan beritau Malaysia bahawa aliran tunai dari IPP yang dibeli dengan harga yang tinggi tidak dapat mengatasi faedah dari hutang sebanyak RM46billion. Ya- RM46 billion sebab ada lebih kurang RM4 billion derivative debts.

Dan kita jangan lupa bahawa 1MDB ada berhutang dari pemiutang sebanyak RM3 billion lagi dengan trade creditors. Ini kena bayar semua. Jumlah hutang 1MDB sebetulya  ialah RM49 billion.

Macam mana nak bayar hutang RM49 billion ini. Bab ini Dr Mahathir tanya betul- macam mana nak bayar.? Bayar faedah sahaja jika pada 4% setahun hampir RM2 billionsetahun.

Rakyat boleh balun Najib kerana mendedahkan negara ini kepada kemungkinan terpaksa menggunakan duit rakyat untuk membayar hutang yang sebabkan oleh kebodohan, ketidakacekapan, tamak haloba dan kesemula-jadian watak crook yang ada dalam diri mereka yang bertanggung jawab keatas 1MDB.

Kita jangan terpedaya dengan Najib dan jangan terpukau dengan Dr Mahathir. Dr Mahathir tidak memberi kita jalan keluar jika endorse Muhyidin.

Jika Dr Mahathir benar2 mahu menyelamatakan Malaysia dan Melayu seperti yang dikata di dewan K Club, dia mesti endorse Tengku Razaleigh.

Marilah kita lihat apa sebenarnya 1MDB itu. Ianya satu lagi skim menghimpun wang dan membalun wang. Ada bau pencurian dan songlap wang, samun dan pemalsuan yang Najib ingat dia boleh tutup dengan mengapungkan bisness2 1MDB seperti IPP pada harga IPO yang tinggi.

Dan bila senator Wahid Omar kata- pengapungan 1MDB energy sangat penting, itu sudah menghantar isyarat yan merunsingkan.

Tidak syak nanti, pelabur cornerstone seperi  EPF, Socso, KWAP, PNB bahkan Khazanah akan ikat tangan dibelakang, untuk mendukung peranan sebagai cornerstone investor . Dan jangan lupa penyemat tetap- Petronas.

ini seperti meliwat kita semua sebab entiti2 ini bukan ada duit pun selain duit rakyat yang mereka telah pinjam daripada kita. Kerajaan tidak ada duit selain hasil cukai keatas rakyat. Duit yang mereka guna itu duit rakyat.

Kita tahu ada berlaku saukan wang dan cukai dalam bentuk komisyen keatas hutang RM46 billion dalam bentuk bond dan hutang derivatives dan belian dari pemiutang.

Ada CBT bila ada orang guna duit 1MDB untuk membiayai bisness orang lain seperti bisnes Jho Low membeli bank dari bekas KM Sarawak, Bank Negara Malaysia tidak tahu menahu mengenai perkara ini supaya duit boleh didobi tanpa membayar cukai.

Mesti ada orang yang telah mengutip komisyen ini- tangkap semua dari Tan Sri Lodin wok Kamarudin, Shahrol helmi, dan CEO2 lain –pakaikan helmet keatas kepala mereka dan ketuk helmet tersebut selama beberapa jam. Teknik ini diberitahu saya oleh pegawai polis untuk mendapat confession.  Cuba kita try keatas Lodin dam Shahrol helmi, Arul Kanda dan Jho Lo atau Sit Li Lin. Tentu segala rahsia terburai.

Mesti ada pihak yang sudah sapu komisyen dan kemudian mengarah atau meng-induced orang2 tamak dan haloba yang ada kelayakan tinggi untuk park duit kita dalam pelaburan yang sangat mencuri-gakan. Mungkin ada serigala di Wall Street yang juga menimati wang 1MDB dan mendapat cukup pulangan untuk beli kondominium yan bernilai RM100 juta.

Padan muka orang Melayu kena tipu oleh puak2 UMNO. Awak semua duduklah di rumah teres dan rumah kayu sedangkan elit Melayu duduk dalam kondominium berharga RM100 juta. Apa pengorbanan yang matlaon ini buat sehingga boleh beli kondominum RM100 juta?

DR Mahathir benar bila suruh Najib berhenti tapi dia juga mesti mendesak supaya suatu Suruhan Jaya diRaja untuk selidik samunan wang yang dlakukan oleh 1MDB dan bawa kemuka keadilan semua yang terlibat. Dari yang atas sampai yang bawah.

Dato Najib mesti jawab ini semua. Siapa yang membenarkan si apek Jho Low buat keputusan keatas wang dari 1MDB? Siapa yang membenarkan pelaburan disastrous ini?  Kepala mereka kena guillotine.

Najib akan terus membisu seperti biasa. JHo low tidak akan tampil kedepan untuk mengaku. Ketua Odit negara tidak akan menghasilkan apa2 penemuan dan akan ambil masa yang lama. Seperti kata dr Mahathir, odit foresnik yang diperlukan bukan pengoditan konvensional.

Kita dah dapat membaca- ketua odit negara dan sahabat saya dari PAC akan membuat ketetapan bahawa semua procedure di ikuti dengan penuh dan tidak ada bukti yang menunjukkan salahlaku. Kes tutup tapi kita hilang duit.

Sementara itu perompak dan penyamun semua ketawa pergi ke bank.

Kita mesti sekat 1MDB dari menjual tanah di Tun razak exchange dan Tanah di Sungai Besi pada harga yang tinggi. Tanah2 ini dijual pada 1MDB dengan harga yang rendah. Apa yang mereka telah lakukan untuk menaikkan nilai tanah2 ini?
Berniaga macam ini, beri pada Mat Tompel di Pekan pun dia boleh lakukan.

1MDB mest pulangkan tanah2 ini kepada kerajaan pada harga asal dan biar 1MDB menanggung kerugian operasi RM3-5 billion yang ditutupi oleh penilaian semula tanah yang asalnya dibeli murah.

Megapa tanah tersebut asalnya tidak dibeli secara tender terbuka? Jika tender terbuka dilakukan, kerajaan tentu akan mendapat harga yang lebih tinggi. Dan lebihan antara harga tender tertutup atau tender runding dengan tender terbuka itu sepetutnya dipulangkan kepada rakyat.

Apa yang 1MDB lakukan untuk bolot semua tambahan nilai?

Kita beri amaarn kepada CEO yang lalu dan CEO sekarang- Arul Kanda- rahsia sudah terbongkar. Seorang CEO yang melindungi salah laku dan pencurian yang melalui jabatan nya dan tidak melakukan apa2 untuk membetulkan nya, akan di jel kerana bersubahat. Bukan sahaja di jel- kerana umur mereka mash muda, kena sebat dengan rotan.

Ini perkara tidak boleh diselesaikan dengan meletak jawatan. Kamu semua owe a duty yang tidak dihapuskan dengan perletakan jawatan. Kerajaan baru akan memburu kamu sehingga lubang cacing.

Jangan buat kenyataan bodoh seperti “saya tidak melihat apa apa fail” Jangan jadi bloody fools. Kamu semua dispensable. Arul Kanda, Shahrol Helmi- you are worth nothing kepada orang yang desperate.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.