`




THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!





Friday, July 31, 2015

MB N9 Digugurkan?

“Saya digugurkan? Alhamdulillah” – MB N9


Datuk Mohamad Hasan hanya mengulas ringkas mengenai ura-ura pengguguran beliau sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan.


KUALA LUMPUR, 31 Julai:

“Saya digugurkan? Alhamdulillah…,” itu jawapan ringkas Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan ketika ditanya mengenai ura-ura beliau akan digugurkan daripada jawatan itu seperti yang disebut dalam media sosial kebelakangan ini.

Beliau berkata demikian ketika menghadiri Majlis Rumah Terbuka anjuran Badan Kemajuan Anak-Anak Negeri Sembilan di Kuala Lumpur, hari ini.

Desas-desus mengenai penggugurannya timbul apabila bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dilucutkan jawatannya selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak merombak barisan kabinetnya.

Terdahulu dalam ucapannya, Mohamad yang juga Pengerusi UMNO Negeri Sembilan menyifatkan negeri jagaannya kini berada dalam keadaan baik di bawah pentadbirannya dan tidak memerlukan campur tangan orang luar.

"" style="margin: 0px 0px 18px; border: 0px; vertical-align: bottom;">

“Kito duduk diam-diam. Duduk di pengkalan kito. Sey duduk sey jago pengkalan Negeri Sembilan. Tapi jangan kacau-kacau Negeri Sembilan. Keno pangkah nanti. (Kita duduk diam-diam. Duduk di kawasan kita. Saya duduk, saya jaga Negeri Sembilan. Tapi jangan kacau Negeri Sembilan. Kena pangkah nanti),” katanya

Sementara itu, beliau turut mengulas mengenai tindakan beberapa UMNO Bahagian yang membatalkan jemputan Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin bagi merasmikan Mesyuarat UMNO Bahagian seperti Raub, Batu Gajah dan Ipoh Barat.

“Saya tidak tahu pasal itu. Kita ini orang Melayu, UMNO ini parti Melayu. Untuk membatalkan jemputan itu.. Orang Melayu ini susah untuk membatalkan.. tapi terpulang pada masing-masing, kita jangan hilang budi bahasa,” katanya.

-therakyatpost.com

No comments:

Post a Comment