`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!

 



 


Friday, February 19, 2016

JANGAN SAMPAI GELARAN PALING PANJANG NAJIB TURUT MEMALUKAN BANGLA YANG BAKAL TIBA

Apa agaknya yang sedang berputar ligat dalam kotak fikiran Najib Razak sekarang bila membaca kenyataan terbaru pengarang The Wall Street Journal ini?

Tidur lenakah Apandi Ali malam tadi?

Apa lagi yang mahu mereka lontarkan apabila pengarang kewangan WSJ, Ken Brown secara terbuka memberitahu dunia bahawa pihaknya menolak andaian wang  RM2,600 juta yang diterima Najib merupakan derma daripada keluarga Diraja Arab Saudi, sebaliknya dengan yakin menyatakan ia datangnya daripada pelbagai syarikat berkaitan 1MDB.

"Laporan kami selama berbulan-bulan menunjukkan wang itu bukan datang daripada keluarga Arab Saudi, tetapi daripada syarikat dan akaun bank yang mempunyai hubungan dengan 1MDB.

"Dan seperti anda sedia maklum, laporan kami tidak pernah dipertikaikan lagi dan kami ada banyak bukti sokongan," tegas Ken dalam wawancara dengan ABC News Australia.

Bagaimana Najib dan Apandi mahu menepisnya sedangkan dalam masa yang sama WSJ juga menegaskan mereka mempunyai banyak bukti sokongan?

Beranikah mereka terus mempertahankan wang itu tetap derma daripada keluarga Diraja Arab Saudi?

Bersediakah Najib dan Apandi menghadapinya jika WSJ dalam laporannya selepas ini mendedah satu demi satu bukti-bukti sokongan yang mereka miliki?

Pilihan kini di tangan Najib. Berterus terang dan berlaku jujur dengan mengiyakan wang itu memang daripada 1MDB barangkali bukanlah pilihan yang kita harapkan akan dilakukan oleh Najib.

Sempena 40 tahun penceburannya dalam politik yang bakal diraikan Sabtu ini, Najib hakikatnya tiada pilihan lain selain melakukan saman berganda terhadap WSJ bagi mempertahankan dirinya.

Hasrat mengambil tindakan undang-undang terhadap WSJ  berkaitan pendedahan wang RM2,600 juta yang dulunya diheboh-heboh tapi sehingga ini masih belum menjadi kenyataan mesti disekalikan dengan   saman terhadap dakwaan terbarunya yang mengatakan wang itu datangnya daripada 1MDB.

Jika tidak berani mengambil tindakan saman terhadap WSJ,  adalah memalukan bagi 30 juta rakyat Malaysia, lebih 5 juta pendatang asing sedia ada dan 1.5 juta pekerja Bangladesh yang bakal tiba, untuk terus mempunyai Perdana Menteri yang mempunyai gelaran paling panjang dalam dunia sebagaimana yang selalu disebut oleh Tokoh Wartawan Negara, A Kadir Jasin iaitu "Datuk Seri Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sanrobone Mohd Najib bin Abdul Razak". (SH).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.