`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Sunday, February 28, 2016

Lagu Anti-Najib Semakin Popular Di Internet, Download Sebelum Disekat.


Turun Najib turun
Negara dah sakit
Matawang dah meleset
Kami rakyat yang perit

Turun Najib turun
Kau pemimpin penipu
Drama kamu
Kami semua dah tahu

Ini bukan cerita hikayat 
Ini tentang pemimpin kami yang bangsat 
Yang pandai tahu menyusahkan rakyat 
Buat kami makin tenat 

Kau hebat bila putar cerita 
Dari 1MDB hingga ke penipuan berjuta 
Mana duit dari cukai GST 
Mana duit itu Jibby? 

Jibby, kroni, korupsi…

Lagu dan lirik oleh Dum Dum Tak, 2016.
Gambar Oleh Fahmi Reza
Kumpulan muzik punk tempatan, Dum Dum Tak mengeluarkan single terbaharu berjudul ‘Turun Najib Turun’ berhubung isu itu yang hangat diperkatakan orang ramai.
Jurucakap Dum Dum Tak, Nizang, berkata lagu berkenaan dihasilkan kerana hilangnya kepercayaan terhadap kepemimpinan Najib.
“Najib banyak isu, isu RM2.6 bilion, banyak jawapan yang diberikan, putar belit. Kini matawang pun menurun. Kita anggap Perdana Menteri ini yang paling lemah dan negara pula semakin susah. Sebab itu kita buat lagu itu,” katanya, memetik laporan FMT.
Pemain bass kumpulan Dum Dum Tak itu bagaimanapun, tidak menafikan agak gementar dengan lirik lagu ‘Turun Najib Turun’.
Ia selepas pelbagai tindakan undang-undang diambil terhadap pihak yang menentang Najib, termasuk bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
“Takut juga, tapi semalam sudah bincang dengan ahli kumpulan. Mereka cakap, benda ini (lagu ini) tidak payah takut dan risau. Kini orang Barisan Nasional (BN) pun ada hendak buat demo turunkan Najib. Benda (isu Najib) tengah hangat. Harapnya tidak ada apa-apa yang berlaku,” ujarnya lagi.
Dum Dum Tak sebuah kumpulan muzik punk yang ditubuhkan pada tahun 2007. Lirik lagunya membawa mesej sosial politik dalam dan luar negara, akhiri laporan itu.
Lagu ini telah ditonton sebanyak 37,999 kali di channel Youtube Fahmi Reza, mendapat 1,315 'LIKE' dan 13 'DISLIKE'. Lagu ini juga boleh didownload dalam bentuk MP3.
Lihat video lagu berkenaan disini ;

 

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.