`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Tuesday, February 9, 2016

Wanita Dipukul Suami Selepas Gambar Anak Di FB 'Ditag' Nama Lelaki Lain



Seorang wanita rakyat Malaysia dilaporkan didera oleh suaminya selepas gambar anak 'ditag' dengan nama individu tidak dikenali di Facebook.

Menerusi 'posting' di Facebook pada 30 Januari lalu, Stella Ooi (gambar) yang berasal dari Pulau Pinang memberitahu gambar anaknya 'ditag' dengan nama "SH Dato Lee", tetapi dia tidak mengenali individu berkenaan.

"Sesiapa sahaja boleh 'tag' gambar di Facebook!" katanya.

"Saya dipukul suami kerana hal ini."

Menurut wanita itu, suaminya mendakwa dia mempunyai hubungan dengan "SH Dato Lee".

Dia mengalami retak di bahagian kepala dan pekak di telinga kanan akibat dipukul suami.

Gambar-gambar yang dimuat naik di Facebook menunjukkan lebam di bahagian muka, tangan dan peha.

Wanita tersebut kemudiannya memberitahu di Facebook bahawa dia telah membuat laporan polis mengenai penderaan itu dan tidak lagi bersama suaminya.

Pada 4 Februari lalu, dia memberitahu kecederaan yang dialaminya semakin sembuh. – The Straits Times/Asia News Network

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.