`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Saturday, March 26, 2016

Disangka Ahli Perniagaan, 'Bodyguard' Parah Ditembak

Anggota unit forensik polis memeriksa sebuah kereta yang terlibat dalam kes tembakan di persimpangan bulatan Chesterfield Jumaat malam. Gambar kecil: Mangsa tembakan. - Foto Bernama


SEPANG - Seorang pengawal peribadi kepada ahli perniagaan cedera parah selepas ditembak dua lelaki yang menaiki kereta berasingan di bulatan berhampiran pekan Chaterfield, Pusat Komersial KLIA di Sepang, malam tadi.‎

Jurucakap polis berkata, dalam kejadian 8.45 malam itu, pengawal peribadi berkenaan yang memandu kereta jenis Mercedes Benz, didatangi dua lelaki yang melepaskan beberapa das tembakan.

Beliau berkata, kejadian itu berlaku semasa mangsa dan ahli perniagaan itu dalam perjalanan menuju ke terminal Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA 2).


Berikutan kejadian itu, mangsa yang mengalami kecederaan serius pada bahagian belakang bahu kanan akibat terkena tiga das tembakan, dihantar ke Hospital Putrajaya, untuk rawatan lanjut.

Siasatan awal yang dijalankan polis membawa kepada penemuan lebih 10 butir kelongsong peluru yang digunakan suspek, kata jurucakap itu.

Suspek didapati melepaskan tembakan dari arah hadapan dan cermin sisi sebelah penumpang hadapan.

Tinjauan Bernama di Hospital Putrajaya mendapati mangsa sedang dirawat di zon kritikal dan dikawal rapi oleh polis. - Bernama

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.