`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Monday, March 7, 2016

INI PEMBANTU SURI RUMAH ATAU KETUA PENERANGAN UMNO?

Apa yang menariknya mengenai berita di atas ini?

Jika menteri, Ketua Penerangan UMNO, Ketua-Ketua UMNO Bahagian atau bekas Ketua Penerangan UMNO yang kini menjaga Biro IT yang membuat ulasan terbuka mengenainya, ia barangkali boleh dianggap biasa, tetapi tentu saja luar biasa bila seorang pembantu suri rumah turut berbuat demikian.

Ini kerana tanggungjawabnya yang sebenar ialah kepada suri rumah berkenaan yang merupakan majikannya dan tidak perlu pun menunjuk-nunjuk pujiannya kepada suami suri rumah.

Lagi pula, jika suri rumah pun tidak berani dibantahnya, tiada yang menghairankan dengan sokongannya terhadap suami kepada suri rumah berkenaan.

Yang menimbulkan kepelikan, selain kerap memberi penjelasan sebelum ini tentang pertikaian umum berkenaan suri rumah yang merupakan majikannya, kenapa kali ini seolah-olah "melampaui sempadan" yang sepatutnya sedangkan suami suri rumah sendiri sudah pun mempunyai puluhan pegawai, pembantu dan jurucakapnya sendiri?

Apa maksud terselindung pembantu suri rumah berbuat demikian atau ini hanya menyebabkan pegawai, pembantu dan jurucakap suami kepada suri rumah yang sekian ramai itu "gelak-gelak besar"  daripada malam tadi hingga ke pagi ini?

Sekali lagi, apa yang menariknya berita itu?

Apabila mengulas secara terbuka perkara yang bukan bidang kerjanya serta bukan juga luar biasa dan portal pula menjadikannya berita, di sebalik mungkin ada yang "terperasan"  akan kehebatannya, ia sebenarnya telah mendedahkan "kebebalan"  yang sepatutnya hanya disimpan di sudut-sudut dapur rumah majikannya.

Tukang buat kopi atau juru mekap suri rumah pun nampaknya lebih berwibawa dan faham bidang kerja mereka. (SH).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.