`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Monday, March 28, 2016

Menangis ketakutan selepas dituduh jatuhkan kalkulator

Pelajar wanita itu meninggikan suara kerana mahu mempertahankan haknya.
VIDEO INSIDE
pelajar
PETALING JAYA: Seorang pelajar lelaki di sebuah sekolah tidak dapat menahan ketakutannya lantaran terus menangis selepas digertak seorang pelajar perempuan gara-gara dituduh menjatuhkan kalkulator miliknya.
Aksi mereka yang dirakam di sebuah sekolah dan menarik perhatian netizen selepas menjadi viral di laman sosial dan dianggap sebagai sesuatu yang melucukan.
Dalam rakaman itu, pelajar wanita berkenaan meninggikan suara kepada pelajar lelaki berkenaan yang didakwa membulinya.
“Saya meninggikan suara sebab mempertahankan hak saya.
“Dia sengaja jatuhkan kalkulator saya tanpa sebab,” kata pelajar perempuan tersebut ketika disiasat oleh guru disiplin di sekolah berkenaan.
“Pengaruh drama tv3 banyak sangat adik ni. Dialog tersusun macam dalam skrip. Part marah. Dia marah kaw-kaw.. Part cakap dengan cikgu, intonasi suara rilex jer.. Pandai dia mainkan watak… Hahaha,” komen seorang pengguna Facebook yang menggunakan nama Pantai Pasir Berdengung.
“Dia tahu bila dia patut marah…dan bila dia bercakap dengan hormat pada gurunya…tahniah adik ni dan ibu bapanya..bahasanya bagus!!!,” komen Salbiah Sujah di ruangan yang sama.
Sementara seorang lagi pengguna Facebook, Salbiah Sujah memberikan komen;
“Dia tahu bila dia patut marah…dan bila dia bercakap dengan hormat pada gurunya…tahniah adik ni dan ibu bapanya..bahasanya bagus!!!,” ujarnya.
Berdasarkan rakaman audio, pelajar lelaki itu memanggil pelajar perempuan berkenaan dengan penggilan kakak.
Dia bagaimanapun tidak mengaku terhadap tuduhan yang dilemparkan ke atasnya itu.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.