`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Friday, March 25, 2016

Video : Pelakon Lydiawati mengamuk, belasah 'pengkid' ganggu keluarganya



Pelakon Lydiawati memuat naik video di Facebook menunjukkan beliau membelasah seorang individu yang didakwa mengganggunya dan anggota keluarganya.

Rakaman aksi itu dimuat naik dalam dua buah video yang setiap satu sepanjang kira-kira seminit setengah.

Ia antaranya memaparkan aksi Lydiawati menengking, memukul dan membaling objek ke arah individu yang dikatakan pengkid itu.


Dalam status di laman sosial, Lydiawati menjelaskan beliau terpaksa bertindak demikian dengan mengambil kira faktor keselamatan dirinya, anak-anak dan keluarga.

“Saya mengalami tekanan emosi dan trauma dan juga merasakan tidak selamat berada di rumah, apatah lagi tinggalkan anak-anak saya di rumah semasa saya pergi bekerja, untuk penggambaran,” tulisnya.

“Tujuan saya lakukan ini untuk memberi pengajaran kepada si poyo ini supaya manusia yang bertopengkan binatang ini tidak mengganggu dan tidak mengulangi apa yang dah dia buat dan lakukan kepada saya lagi.”

Katanya, bukan kehendaknya melakukan tindakan itu tetapi menegaskan telah bersabar dan berdiam diri selama dua tahun tanpa membalas segala mesej dan panggilan padanya.

“Tetapi kebelakangan ini dia cuba mencabar kesabaran saya selama ini dan mengganggu keluarga saya.

"Itu yang saya tak boleh terima,” katanya.

Sementara itu, portal Sinar.fm melaporkan insiden ini sudah pun menjadi kes polis.

Video DI SINI

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.