`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Thursday, December 15, 2016

1.5 juta gagal bayar PTPTN disenarai CCRIS

Timbalan menteri pendidikan mendedahkan hutang yang gagal dibayar melibatkan pinjaman berjumlah RM32.07 bilion.
hutang-ptptn-1KUALA LUMPUR: Seramai 1,574,700 peminjam yang gagal membuat bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional(PTPTN) disenaraikan dalam Sistem Maklumat Rujukan Kredit Berpusat (CCRIS) sehingga 10 November lepas.
Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Dr Mary Yap Kain Ching berkata nilai keseluruhan pinjaman berjumlah RM32.07 bilion.
Menurutnya, CCRIS bukan satu mekanisme bagi PTPTN untuk menyenaraihitamkan peminjam tegar yang enggan membayar pinjaman seperti tanggapan sesetengah pihak.
“Namun rekod bayaran balik pinjaman dalam CCRIS adalah amalan terbaik semua institusi kewangan bagi memastikan peminjam membuat bayaran balik secara teratur,” katanya pada persidangan Dewan Negara di sini, hari ini.
Beliau menjawab soalan Senator Datuk Ng Chiang Chin mengenai insentif diskaun yang ditawarkan dalam Bajet 2017 dan jumlah terkini pinjaman yang diberikan PTPTN.
Yap berkata PTPTN memberi pinjaman kepada 2.6 juta peminjam sehingga mereka tamat belajar melibatkan peruntukan berjumlah RM59.67 bilion sehingga November lepas.
“Bagi tempoh sama juga, PTPTN menerima bayaran balik sejumlah RM10.07 bilion daripada 1.2 juta peminjam berbanding RM18.84 bilion yang sepatutnya dikutip daripada 1.9 juta peminjam,” katanya. -FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.