`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Wednesday, December 28, 2016

Ibu kembar 3 maut 2 hari selepas nahas di Tampin


© Provided by MToday News Sdn Bhdkembar-3
TAMPIN: Ibu kepada kembar 3 yang terbabit kemalangan di Kilometer 3.8 Jalan Tampin-Gemas, berhampiran Desa Permai, meninggal dunia di Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ), Seremban, kira-kira 1.40 tengah hari ini.
Ketua Polis Daerah Tampin, Supt Hamazah Ab Razak berkata, Wan Suhana Wan Abdul Latif, 33, meninggal dunia selepas 2 hari dirawat di hospital itu.
“Wan Suhana mengalami kecederaan parah pada bahagian dalaman dan kaki, meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi (ICU) HTJ. Kematian mangsa menjadikan 5 maut dalam kemalangan yang berlaku pada 3 petang Sabtu lepas itu,” katanya hari ini.
Beliau berkata, seorang lagi mangsa iaitu adik ipar Wan Suhana, Nursyuhaidah Jusoh, 23, masih menerima rawatan di HTJ, manakala seorang daripada 3 anak kembar mangsa, Muhammad Fahimi berusia setahun, sudah dibenarkan keluar wad.
Sabtu lalu, suami Wan Suhana, iaitu Mohd Fadzil Jusoh, 37, 2 anak kembar mereka iaitu Muhammad Farhan dan Nur Farhana serta ibu Mohd Fadzil, Nazipah Chik, 60, meninggal dunia pada hari kejadian.
Kemalangan itu berlaku apabila Proton Saga dinaiki 7 sekeluarga terbabit yang dalam perjalanan dari Kemaman, Terengganu ke Johor bertembung dengan Proton Persona yang datang dari arah bertentangan.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.