`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Tuesday, December 27, 2016

‘BILA NAK MULA SEKOLAH…HARGA NAIK’

SEREMBAN – Membebankan!. Itu keluhan dari kalangan ibu bapa apabila mereka mendakwa mendapati ada barangan kelengkapan sekolah naik harga sehingga 30 peratus pada tahun ini.
Tinjauan Sinar Harian di sini mendapati, rata-rata ibu bapa memberitahu setiap tahun mereka akan dibelenggu dengan kenaikan harga kelengkapan persekolahan yang memaksa mereka memperuntukkan belanja yang lebih bagi memenuhi keperluan anak-anak.
Seorang eksekutif syarikat swasta, Norafiza Abdul Mutalib , 41 dari Nilai berkata, dia mempunyai tiga anak dan terpaksa memperuntukkan RM1,000 untuk dua anak yang bersekolah menengah dan rendah.
“Walaupun ibu bapa mempunyai bajet, namun kita terpaksa juga menguruskan bajet ketika waktu membeli kelengkapan persekolahan anak-anak.
“Misalnya daripada seorang anak yang dahulunya boleh dapat tiga helai baju, tetapi dengan kenaikan harga ini seorang dapat dua baju sahaja.
“Saya terpaksa memperuntukkan kira-kira RM600 untuk membeli kesemua kelengkapan persekolahan anak-anak. Ini pun dah dikira sudah potong bajet disebabkan harga naik,” katanya.
Menurutnya, harga kelengkapan persekolahan bukan setakat membeli baju sekolah anak-anak sahaja malahan meliputi yuran sekolah, alat tulis, tambang bas dan lain-lain perkara yang berkaitan.
“Bagi yang kurang mampu, memang keadaan ini sangat-sangat membebankan dan saya berharap kerajaan memandang masalah yang dihadapi oleh ibu bapa,” katanya.
Bagi ibu kepada tiga anak, Roshidayu Mohd Ross, 32 dari Seremban 2 berkata, tiap-tiap tahun memang ibu bapa akan dibelenggu dengan masalah kenaikan harga kelengkapan persekolahan.
“Tiap-tiap tahun memang akan jadi macam ini apabila persekolahan akan dibuka. Tiba-tiba sahaja semua barang kelengkapan sekolah akan naik. Tidak pula berlaku pada bulan-bulan sebelum ini.
“Sebelum ini, setiap tahun saya peruntukkan RM500, tetapi bila harga sudah naik saya potong bajet dan akan belanja setakat RM300 sahaja.
“Tetapi apabila sudah membeli kesemua barang kelengkapan persekolahan anak-anak, jumlah yang dibelanjakan mencecah juga RM500.
“Sama jugalah jumlah yang saya bayar walaupun sudah potong bajet. Dengan kenaikan ini, saya terpaksa membeli baju sahaja untuk dua anak perempuan saya. Kain sekolah guna yang tahun lepas,” katanya.
Sementara itu, Pengerusi Persatuan Pengguna Negeri Sembilan, Khairudin Yunus berkata, pengguna perlu memainkan peranan dengan melaporkan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) jika berlaku kenaikan  harga yang mendadak kelengkapan persekolahan.
“Apabila tiba musim cuti persekolahan, musim perayaan mahupun musim persekolahan dibuka, semua peniaga akan cuba untuk mengambil kesempatan dalam menaikan harga barangan mereka.
“Lapor terus jangan tunggu lama. Pengguna perlu memainkan peranan untuk mengatasi masalah yang membelenggu mereka ini,” katanya.
– http://www.sinarharian.com.my/

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.