`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Tuesday, December 27, 2016

PPIM: Lebih baik ‘mencuri’ daripada pinjam ah long

nadzim-johan-ahlong-1© Provided by MToday News Sdn Bhdnadzim-johan-ahlong-1PETALING JAYA: Orang ramai yang mempunyai masalah kewangan lebih baik mencuri berbanding membuat pinjaman daripada ceti haram atau “ah long”, kata Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) secara sinis.
Ketua Aktivis PPIM Datuk Nadzim Johan berkata, cadangan tersebut bukannya usaha mengalakkan orang ramai mencuri tetapi sebagai jalan terakhir boleh dilakukan pihak yang mempunyai masalah kewangan.
Katanya, ia lebih baik berbanding membuat pinjaman dengan ah long kerana jika gagal membuat pembayaran, kesannya amat besar kerana ia melibatkan keselamatan diri dan nyawa kepada peminjam serta ahli keluarga.
“Kita harap pengguna tidak payah terlibat dengan ah long, sebab ia akan memberi kesan mendalam. Kena mencari kaedah lain, curi pun bagus sebab nak pinjam dengan bank susah, tiada institusi yang nak membantu.
“Kalau tidak bagaimana nak guna duit, sebab eletrik nak kena potong, kereta nak kena tarik, nak bagi makan anak-anak? Mencuri itu pilihan terakhir, pinjam dulu dengan ahli keluarga kalau tiada pilihan, baik mencuri dan ia lebih baik daripada pinjam ah long,” katanya kepada FMT.
Nadzim berkata demikian mengulas kenyataan aktivis masyarat Peter Tan dalam Oriental Daily, yang menjangka lebih 35% menggunakan perkhidmatan ah long menjelang akhir tahun memandangkan banyak perbelanjaan diperlukan terutama untuk persekolahan anak dan sambutan Tahun Baharu Cina.
Mengulas lanjut, Nadzim berkata sepanjang tempoh 5 tahun, lebih 12,000 peminjam gagal membuat pembayaran semula kepada ah long.
“Sepanjang tempoh menyelesaikan masalah pengguna melibatkan ah long dalam tempoh 5 tahun lebih 12,000 atau 30% peminjam gagal membuat pembayaran semula. Tahun ini sahaja terdapat 3,000 peminjam, 600 daripadanya gagal bayar balik, malah yang boleh bayar tidak semua okay, ada juga tertunggak,” katanya.
Daripada jumlah itu, lebih 70% adalah peminjam Melayu yang terdiri daripada pelbagai golongan.
“Mereka pinjam tak banyak, RM1,000 sahaja tapi sebab tak bayar, bunga naik sehingga RM10,000 hingga RM30,000. Ramai yang terlibat terdiri daripada kakitangan kerajaan termasuk anggota tentera dan pegawai polis,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.