`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Tuesday, December 27, 2016

Merokok, Main Telefon Ketika Memandu BAS - Netizens Kecam Aksi Pemandu BAS Yang Viral Di Media Sosial.

Sebelum ini kita digemparkan dengan kes Nahas Pagoh yangmengorbankan 1nyawa termasuk pemandu bas ekspress tersebut.

Ia antara kes kemalangan yang terburuk dalam sejarah negara yangmembabitkan bas ekspress dan apa yang mengejutkan hasil siasatan mendapati pemandu hanya rehat 3 jam sahaja sebelum meneruskan trippemanduan ke destinasi lain.

1. Tiada rehat yang mencukupi.

2. Gaji pemandu bas yang rendah sehingga berebut-rebut kejar tripuntuk mendapatkan komisen.
 
3. Bawa anak bini bersama ketika bertugas.

4. Tiada pemandu kedua.

Antara yang serius dibahaskan oleh rakyat Malaysia ketika ini. Meskipun terdapat ramai dikalangan netizens meletakkan kesalahan ke atas pemandu bas tersebut dan pemilik konsertium bas ekspress, masih terdapat pihak-pihak yang bersimpati dengan nasipemandu bas yang dikatakan terdesak kerja lebih masa bagi mencari rezeki untuk sesuaikan keadaan diri dengan kos sara hidup yang tinggi.  

Namun, apa yang disebarkan oleh Ustaz Firdaus Wong dibawah ini, tentang sikap pemandu bas yang cuai mungkin akan menyebabkan elemen simpati masyarakat terhadap nasib pemandu bas ekspressberkurangan.  

 Oleh : Ustaz Firdaus Wong Wai Hung 
Barangkali ini antara sebab kemalangan jalanraya berlaku. Merokok, membaca mesej dan membalas mesej ketika memandu. Tidak semua pemandu begini maka jangan kerana nila setitik rosak susu sebelanga. Rakaman sewaktu saya berada dalam bas Mayang Sari no plat JRU7400 dari TBS ke Muar.

Ya adakalanya kebajikan mereka tidak terjaga dan mereka berusaha mencari rezeki yang halal namun cukuplah hadis Nabi Muhammad SAW ini menjadi peringatan untuk kita semua. Dari Abû Sa’îd Sa’d bin Mâlik bin Sinân al-Khudri Radhyallahu anhu, Rasûlullâh Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
“Tidak boleh ada bahaya dan tidak boleh membahayakan orang lain. Barangsiapa membahayakan orang lain, maka Allâh akan membalas bahaya kepadanya dan barangsiapa menyusahkan atau menyulitkan orang lain, maka Allâh akan menyulitkannya." [Hadis Riwayat Al-Hakim (II/57-58)]

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.