`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Thursday, December 29, 2016

Khairuddin Duku Habis Harussani

Menurut seorang penulis dan juga pendakwah yang terkenal, Mufti Perak Harussani Zakaria sangat kurang fasih bercakap bahasa Arab. Sebab dia hanya kelulusan sijil sahaja pada tahun 1960an. Diploma pun tak ada.

Ikut Wikipedia, pencapaian akademik Harussani seperti berikut:
  • 1960 – 1964: Sijil Tertinggi Pendidikan Kolej Islam Malaya, Klang
  • 1959 – 1960: Kuliah Al-Attas, Johor Bharu, Johor
  • 1956 – 1959: Sekolah Idrisiah, Kuala Kangsar, Perak
  • Anglo Chinese School, Parit Buntar, Perak
  • Sekolah Melayu Kampung Kedah, Parit Buntar, Perak

Jadi Harussani boleh baca ayat Quran dalam bahasa Arab tapi kemungkinan besar tidak boleh faham apa yang di baca (seperti kebanyakan orang lain).  Contohnya ayat berikut :


Kemungkinan besar kalau kita tanya Harussani  apakah rujukan ayat ini pun (surah dan nombor ayat) dia tidak akan tahu menahu.  (Nombor ayat ada di situ). Dan apakah maksud ayat ini?

Maksudnya kalau tidak ada terjemahan Al Quran dalam bahasa Melayu bagi ayat yang tersebut di atas, kemungkinan besar Harussani akan susah juga memahami maksud ayat ini. Dan seterusnya  memahami keseluruhan Al Quran.  

Maka bagi orang yang tidak faham bahasa Arab, mereka sangat perlu kepada terjemahan. 

Beberapa bulan yang sudah Harussani pernah buat kenyataan bahawa membaca terjemahan Al Quran tanpa teks Arab asalnya boleh menyebabkan salah faham.

"Mufti Perak itu menjelaskan terjemahan Al-Quran tanpa diiringi teks bahasa Arab boleh menyebabkan salah faham."
.
 
Ini adalah satu kenyataan yang sungguh tidak masuk akal. 

Memang pun bagi orang yang tidak faham bahasa Arab atau tidak tahu baca bahasa Arab, meletakkan teks asal bahasa arab di sebelah terjemahan tidak memberi sebarang makna. Why? Sebab mereka tidak faham ayat-ayat Arab yang tertera depan mata.  It is as simple as that.

Hanya bagi pegawai agama fasih arab yang ditugas memeriksa ketepatan (accuracy) terjemahan itu, akan mengambil masa yang lama sikit sebab kena rujuk dua buku (ia itu terjemahan dan Quran bahasa Arab) untuk membuat perbandingan. 

Tetapi jika kitab terjemahan diiringi teks bahasa arab, maka tugasnya sebagai pemeriksa kuality terjemahan akan menjadi sedikit mudah bagi membuat perbandingan.

Selain dari itu, kenyataan Harussani tidak membawa sebarang lojik bagi mereka yang TIDAK faham bahasa Arab. 

Soalan pokok sekarang ialah sebagai mufti, Harussani faham atau tidak faham kandungan isi Al Quran? 

Jika dia faham, macam mana pula dia boleh faham kalau dia tidak membaca terjemahan al Quran?  Sebab Harussani tidak fasih bahasa arab. Hanya lulus sijil agama saja pada tahun 1964.

Kalau Harussani pernah membaca terjemahan ayat Quran, apakah bezanya samada teks asal bahasa arab ada atau tidak ada bagi membantu pemahaman dia sendiri? Atau membantu sesiapa pun yang tidak faham bahasa arab? 

Anyway, sebenarnya pada hari ini saya telah menerima satu kenyataan atau statement daripada Dato Khairuddin Abu Hassan yang menjawab kenyataan Harussani Zakaria yang mengkritik Tun Dr Mahathir Mohamed.  Yang berikut adalah kenyataan Khairuddin:


MUFTI PERAK HARUS FAHAM ISU POLEMIK YANG SEDANG MELANDA NEGARA TERLEBIH DAHULU DAN SETERUSNYA KENA BERANI TEGUR KERAJAAN KLEPTOKRASI SERTA PERDANA MENTERI PALING KORUP

Hakikatnya, mufti perak tan sri harussani zakaria mestilah faham sesuatu isu polimik yang sedang melanda negara dan bakal memudaratkan bangsa serta negara terlebih dahulu sebelum menegur yabhg Tun Dr Mahathir Mohamad.


Saya rasa tan sri harussani zakaria tak faham permasalahan negara masakini sehingga membuatkan yabhg tun dr mahathir mohamad terpaksa pikul tanggungjawab ini sebagai satu fardhu kifayah sebelum keseluruhan negara tenggelam dan memudaratkan 32 juta rakyat malaysia.

Gejala amalan rasuah sedang berlaku secara berleluasa dan salah guna kuasa amat mengerikan dalam sejarah kepimpinan politik di tanahair kita pada hari ini.

Seluruh dunia menghina negara kita kerana perdana menteri paling korup telah melakukan pelbagai amalan korupsi sehinggakan negara-negara luar seperti amerika syarikat, singapura, switzerland dan beberapa lagi sedang mengambil tindakan undang-undang keatas kes skandal 1mdb.

Apakah tan sri harussani zakaria selaku mufti perak tidak baca laporan pac parlimen yang mengesahkan sejumlah rm20 bilion dana syarikat 1mdb hilang entah ke mana?!

Tidakkah tan sri harussani zakaria ketahui bahawa laporan ketua audit negara mengesahkan sejumlah rm28 bilion pun lesap dari akaun syarikat 1mdb entah ke mana?!

Urus-tadbir negara secara korup telah menyebabkan hutang negara kini melebihi rm800 bilion!! Kos sara hidup rakyat telah meningkat berlipat ganda sehingga membebankan rakyat jelata di peringkat akar umbi.

Keadaan politik, ekonomi dan sosial negara amat celaru dan kelam-kabut!!

Para pelabur asing tidak yakin lagi dengan malaysia sehinggakan nilai matawang negara merudum dengan begitu teruk sekali!!

.

(..ayat deleted sebab tidak setuju . . ha ha.)  tan sri harussani zakaria harus tegur najib tun razak selaku perdana menteri paling korup untuk tadbir negara kita secara teramanah mungkin!!

Ugama islam melarang amalan rasuah dan salah guna kuasa!! Pemerintah mesti amanah, jujur serta adil terhadap rakyat jelata. Kebajikan rakyat mesti dipelihara secara terbaik mungkin.

Mana tan sri harussani zakaria tahu yang yabhg Tun Dr Mahathir Mohamad tidak beribadah?! Malahan yabhg Tun Dr Mahathir Mohamad lah yang paling beribadah kerana pada usia yang lanjut ini beliau sanggup ketepikan kemewahan hidup untuk melawan kemungkaran kerajaan sepertimana yang dituntut oleh agama islam yang berteraskan kepada al-quran serta as-sunnah.

Mantan perdana menteri ini ditekan dengan begitu hebat dan kini hilang pelbagai haknya sepertimana yang termaktub dalam perlembagaan. 

Beliau sanggup korbankan itu semua demi untuk menjaminkan kesejahteraan negara kita dan kebahagiaan penghidupan rakyat.

Yabhg Tun Dr Mahathir Mohamad bukan nak jatuhkan mana-mana pemimpin secara membuta-tuli!! Beliau bertindak pada hari ini selaras dengan tuntutan agama islam itu sendiri yang menasihatkan agar sebarang bentuk kemungkaran mesti ditentang secara habis-habisan!!

Ini bukan soal politik lagi tetapi ini juga adalah soal aqidah agama.

Saya secara jujurnya ingin nasihatkan mufti perak untuk kaji sesuatu isu secara mendalam terlebih dahulu dan kemudiannya buatlah teguran tanpa pilih kasih berteraskan tuntutan agama islam secara tulen. Yang benar tetap benar dan yang salah tetap salah!!

Janganlah kita pertahankan kerajaan yang mungkar dari segenap segi dan mencaci secara membuta-tuli keatas mana-mana insan yang sedang memikul perjuangan untuk menegakkan kebenaran demi kepentingan bangsa, agama mahupun tanahair yang tercinta ini.
.

 
Dengan perasaan rendah diri dan tawadduk; saya juga rela hati untuk berjumpa dengan mufti perak untuk perjelaskan situasi negara masakini yang sedang dipimpin oleh perdana menteri paling korup!!

Perdana menteri paling korup ini sedang mengepalai kerajaan kleptokrasi dan merosakkan negara kita yang cukup makmur pada suatu masa dahulu.

Semoga Allah swt membuka pintu hati hamba-hambaNya di negara malaysia ini agar terus berpaut erat pada aqidah agama islam yang tulen untuk terus lawan kezaliman kerajaan kleptokrasi yang sedang dipimpin oleh perdana menteri paling korup!!

Amin yarabbal alamin.

Ikhlas dari:
KHAIRUDDIN ABU HASSAN
29 Disember 2016

My comments : Syabas Dato Khairuddin. Pandangan dan tapisan yang padat dan tepat.  

Ayat yang saya rujuk di atas itu dari Surah 2:188 atau Surah Al Baqarah ayat 188. Terjemahan ayat itu adalah seperti berikut:

"Dan janganlah kamu makan harta orang di antara kamu dengan jalan yang salah, dan jangan pula kamu menghulurkan harta kamu (memberi rasuah) kepada hakim-hakim kerana hendak memakan sebahagian dari harta manusia dengan berdosa, padahal kamu mengetahuinya" - Surah 2:188.

Andaikata seorang yang berstatus mufti  tidak faham, tidak tahu atau kurang faham akan wujudnya ayat yang sedemikian dalam Al Quran dan juga maksud ayat ini, maka boleh tersebarlah kenyataan yang kurang jelas dan tidak berhikmah yang tidak membantu sesiapa pun.
  
Sedihnya bakul yang dilekat sticker 'tuan guru' diduduki manusia yang cuba angkat diri dalam bakul itu.  Bakul yang dilekat sticker 'pandai agama' diduduki manusia yang cuba angkat diri dalam bakul itu juga.

Dan kaum 'duduk dalam bakul'  ini semua tersangat sayang dan meluahkan cinta yang tidak terhingga terhadap sepasang ayah dan ibu kepada seorang anak yang boleh menggunakan wang yang dicuri daripada rakyat miskin untuk menghasilkan karya berikut yang terpaksa diharamkan untuk tontonan oleh  Kerajaan :




Mungkin bagi perhitungan generasi 1950an dan 1960an, kiamat makin menjelang. 

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.