`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Tuesday, December 13, 2016

Anak bawah umur di Sabah perlu kebenaran 2 ibu bapa peluk Islam

Jainab Ahmad berkata, selaras Perlembagaan Persekutuan, Sabah melarang remaja bawah 18 tahun memeluk Islam dengan hanya mendapat persetujuan ibu atau bapa.
Jainab-Ahmad
KOTA KINABALU: Undang-undang di Sabah memperuntukkan persetujuan kedua ibu bapa untuk membolehkan anak bawah 18 tahun memeluk Islam.
Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Sabah, Jainab Ahmad dalam kenyataan berkata, peruntukan itu sejajar Perlembagaan Persekutuan.
Beliau mengulas pindaan terhadap Rang Undang-undang Membaharui Undang-undang (Perkahwinan dan Perceraian) (Pindaan) 2016 yang memperuntukkan agama anak pasangan bercerai, dikekalkan mengikut perkahwinan asal.
Pindaan itu turut menyatakan jika kedua ibu bapa menganut agama berlainan sebelum salah seorang daripada mereka memeluk Islam, anak hasil perkahwinan itu “hendaklah mempunyai kebebasan untuk kekal dalam agama asal ibu atau bapa sebelum memeluk Islam”.
Jainab yang dipetik Daily Express bersetuju dengan Enakmen Majlis Ugama Islam Negeri Sabah 2004 yang menyatakan sesiapa yang berusia 18 tahun ke atas dan berfikiran waras, boleh memeluk Islam jika ingin berbuat demikian.
Bagaimanapun, katanya, ia adalah perkara berbeza dalam kes anak bawah 18 tahun.
“Mereka mesti mempunyai persetujuan kedua ibu bapa atau penjaga, sebelum dibenarkan menukar agama.”
Sabah, katanya, tidak membenarkan anak bawah umur menukar agama dengan persetujuan salah seorang ibu bapa.
Kontroversi terbaru mengenai isu itu timbul selepas Dewan Undangan Negeri Perlis meluluskan pindaan Enakmen Pentadbiran Agama Islam 2016 yang membenarkan salah seorang ibu atau bapa menukar agama anak mereka kepada Islam.
Di bawah Seksyen 17 Enakmen Pentadbiran Agama Islam Perlis 2006, frasa dalam bahasa Melayu “ibu dan bapa atau penjaga” dipinda kepada “ibu atau bapa atau penjaga” sebagai orang yang boleh memberi persetujuan kepada anak bawah 18 tahun memeluk Islam.
Ramai mempertikaikan pindaan itu bertentangan Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan perkataan tunggal, contohnya ibu bapa termasuk jamak dan perkataan itu merujuk kepada jamak, termasuk bilangan tunggal.
Di bawah Perkara 4 Perlembagaan Persekutuan, undang-undang yang diluluskan selepas merdeka yang tidak selaras Perlembagaan hendaklah, setakat ketidakselarasan itu, terbatal. -FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.