`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Wednesday, December 21, 2016

Kerajaan Mr Sloppy a.k.a tidak semenggah.

Image result for UMNO dan Wang Ringgit MalaysiaImage result for UMNO dan Wang Ringgit Malaysia

Kerajaan Pak Lah, disebut orang sebagai kerajaan Mr Sleepy.

Kerajaan Najib akan disebut orang sampai akhir zaman, sebagai kerajaan Mr Sloppy atau kerajaan si tidak semenggah.

Mari kita lihat kerajaan Mr Sloppy. Daim Zainudin, aka The Oracle of Syed Putra baru2 ini menyebut kerajaan Najib sebagai mengidap trust deficit. Tidak ada orang percaya lagi kepada Najib. Orang yang tidak percaya akan Najib, mempunyai alasan kukuh untuk bersikap demikian. Yang masih percaya hanya mereka yang termakan budi Najib termasuk lah seorang ketua parti yang berlandaskan Islam yang telah makan suap puluhan juta Ringgit. ketua parti tersebut sekarang menjadi penjilat Najib. 

Dalam budaya Melayu pemimpin2 disebut pemimpin ampu

ia pemimpin suka mengampu
mengambil muka ia tak malu
halal dan haram dibawa lalu
penderitaan orang ia tak mau tahu
kesenangan dirinya yang ia buru

Saya telah diperkenalkan oleh Tun Daim kepada seorang pemerhati politik Malaysia. Nama dia Pendita Binjai. Saya akan menyiarkan beberapa pandangan Pendita Binjai dalam tempoh yang terdekat. Diharap bersabar . Pandangan Pendita Binjai kata orang Inggeris amat prescient.

Bagaimanakah keadaan orang Melayu dibawah pemerintahan Mr Sloppy? Melayu itu kampungan mentalitinya, penuh dengan tahyul, miskin, penerima BR1M dan berkiblat kepada Najib. 

Dibawah perintah Mr Sloppy, kita oang Melayu ini diperbodohkan. Setiap hari kita menerima pembodohan kita sebagai suatu kebiasaan. Lama2 jadilah ianya tabiat semula jadi atau second nature atau keperangaian kedua. Nanti bila ditanya siapa dia Melayu, maka orang akan kata bangsa yang bodoh, yang tidak amanah, tidak jujur, suka bersengketa dengan orang lain, berkelahi sesama sendiri. Orang akan kata orang melayu suatu bangsa yang tidak berprinsip.

Bila UMNO kata, dia sahajalah yang dapat memberi pembangunan  kemajuan dan kebajikan untuk rakyat, kita iakan dan angguk setuju.

Bila UMNO kata, dia sahajalah yang boleh jaga orang Melau, kita kata ya.

Bila UMNO kata, tanpa UMNO orang Melayu, agama mereka, bahasa mereka,  raja mereka akan musnah kita pun angguk jadi pak turut.
Nampaknya, kita, rayat Melayu ini jadi pak sontoloyo dan tolol kampong atau pak pandir. Lama kelamaan jadilah ianya deskripsi bangsa Melayu. Pak sontoloyo dan tolol kampong.

Sedangkan, kalau kita gunakan akal dan berfikir, ini semua bohong dan dusta UMNO.

UMNO boleh bawa pembangunan, kemajuan dan jaga kebajikan ialah kerana mereka menguasai kerajaan dan menguasai perbendaharaan. Itu undang2 dan rukun2 berkerajaan. Siapa jadi kerajaan dia pegang duit. Bila dia pegang duit, tanggung jawabnya ialah membelanjakan keatas perkara2 yang kita sebut diatas.

Bukanlah ianya suatu kebolehan luar biasa, awak pegang duit, awak kena belanja keatas masyarakat dan negeri dan Negara.  

Tugas pembangkang, yang bukan kerajaan, ialah menjaga bagaimana perbelanjaan itu dilakukan. Sebab duit itu kita punya dan penyokong2 pembangkang meupakan sebahagian dari rakyat juga. Kepentingan mereka ialah memastikan bahawa wang mereka yang diamanahkan kepada kerajaan UMNO hari ini, dibelanjakan dengan benar dan baik. Kita awasi supaya tidak ada rasuah tidak ada kecurian, tidak ada perbelanjaan yang palsu. 

Jika budak UMNO tidak mahu memikul tanggung jawab dan tugas ini, kita jangan sokong mereka. 

Dan seperti yang kita lihat sekarang, kerajaan UMNO terutama pemimpin nya tidak jujur dan amanah. Rasuah dan kecurian dilakukan dengan terbuka dan keadaan nya tidak dibendung. Institusi yang menjaga integrity kerajaan nampaknya dilesukan dan dipondankan oleh mereka yang berkuasa.

Bila rasuah dilakukan dan bila kecurian dilakukan, kita orang Melayu diam sahaja . Malah kita terima ini sebagai perkara biasa seolah orang Melayu ini turut serta sebagai pensubahat.

Itu menjadi kita apa? Jadi orang Melayu ini suatu bangsa yang tidak amanah, tidak jujur, kalau jaga wang dia akan curi dan bila melakukan kecurian dan rompakan  tersebut , akan buat muka selamba dan kata, ianya tidak rasuah, bukan rompakan, tidak salah disisi ugama . Bangsa Melayu suatu bangsa yang mudah menjual integrity, mudah dibeli.

Malah kita panggil pula geng agamawan memberi alasan tidak ada rompakan sebab tidak ada saksi dan bukti. Sedangkan semua  orang tahu, sebab UMNO juga yang memecahkan rahsia, bahawa ketua golongan agamawan yang anti perjuangan rakyat, sudah menerima puluhan juta Ringgit sebagai hadiah, sedekah, atau apa sahaja istilah yang diIslamkan.

Golongan Agamawan pun akhir nya berjuang bukan untuk agama, tapi berjuang untuk kuasa, kekayaan dan tanah.

Demikian betapa bodoh nya kita. Melayu itu pak sontoloyo dan si tolol kampong.

Dan budak2 UMNO yang tidak semenggah, yang tak lulus tingkatan 3 pun, berkeliaran diseluruh kampong, cakap besar kalau pilih pembangkang apa mereka boleh buat?

Yang boleh dilakukan oleh pembangkan ialah menjaga kepentingan rakyat iaitu memastikan duit yang dikuasai oleh kerajaan UMNO itu tidak diperlakukan seperti duit bapak mereka. Yakni memastikan jangan dicuri, jangan diperbelanja-kan keatas projek bukan2 dan palsu, jangan tidak pandai berhemah.

Dan tanggungjawab mengurus perbendaharan termasuk jangan belanja lebih dari pendapatan. Jangan hutang dengan sektor awam dan jangan hutang luar Negara.

Kerajaan yang tidak ada integriti, pemimpin yang tidak ada integrity dan parti yang tidak ada integriti, tidak wajib disokong. Kalau kita orang Melayu, atau sebahagian nya baca kitab Mun-yatul Mushalli yang dikarang oleh Sheikh Daud Al fathani, kita akan jumpa bab tatlimul faedah. Ianya membicarakan sedikit mengenai rukun berkerajaan. Terdapat suatu petikan hadis yang bermaksud bahawa rakyat perlu taat kepada kerajaan dan pemerintah kerana ianya ketinggian dan kebesaran Tuhan di muka bumi ini, SELAGI DIA ADIL. Itu adalah syarat kita menyokong dan bersetia kepada pemerintah. Apabila tidak ada adil, maka, wajib kita meninggalkan kerajaan dan pemerintah seperti itu. Dalam budaya Melayu, tanda pemerintah yang mesti kita buang ialah:-

Menimbang tidak seimbang
Menyukat tidak sesukat
Mengukur tidak seukur
Menghukum memilih kaum
Memakai tidak sesuai
Menyuruh tidak senonoh
Memerintah tidak semenggah
Meminta dengan paksa
Menjemput dengan bersungut
Mengantar dengan kasar
Makan menyetan
Minum mengeringkan.


Itulah dia kerajaan Mr Sloppy.

Posted by Ariff Sabri (with permission)

2 comments:

  1. ASS..WR.WB.SAYA PAK ALERSKY TKI BRUNAY DARUSALAM INGIN BERTERIMA KASIH BANYAK KEPADA EYANG WORO MANGGOLO,YANG SUDAH MEMBANTU ORANG TUA SAYA KARNA SELAMA INI ORANG TUA SAYA SEDANG TERLILIT HUTANG YANG BANYAK,BERKAT BANTUAN AKI SEKARAN ORANG TUA SAYA SUDAH BISA MELUNASI SEMUA HUTAN2NYA,DAN SAWAH YANG DULUNYA SEMPAT DI GADAIKAN SEKARAN ALHAMDULILLAH SUDAH BISA DI TEBUS KEMBALI,ITU SEMUA ATAS BANTUAN EYANG WORO MANGGOLO MEMBERIKAN ANGKA RITUALNYA KEPADA KAMI DAN TIDAK DI SANGKA SANGKA TERNYATA BERHASIL,BAGI ANDA YANG INGIN DIBANTU SAMA SEPERTI KAMI SILAHKAN HUBUNGI NO HP EYANG WORO MANGGOLO (0823-9177-2208) JANGAN ANDA RAGU ANGKA RITUAL EYANG WORO MANGGOLO SELALU TEPAT DAN TERBUKTI INI BUKAN REKAYASA SAYA SUDAH MEMBUKTIKAN NYA TERIMAH KASIH


    NO HP EYANG WORO MANGGOLO (0823-9177-2208)


    BUTUH ANGKA GHOIB HASIL RTUAL EYANG WORO MANGGOLO
    angka;GHOIB: singapura

    angka;GHOIB: hongkong

    angka;GHOIB; malaysia

    angka;GHOIB; toto magnum

    angka”GHOIB; laos…

    angka”GHOIB; macau

    angka”GHOIB; sidney

    angka”GHOIB: vietnam

    angka”GHOIB: korea

    angka”GHOIB: brunei

    angka”GHOIB: china

    angka”GHOIB: thailand

    ANGKA TOGEL JITU 2D 3D 4D 5D 6D
    0823-9177-2208
    saya pak alresky posisi sekarang di malaysia
    bekerja sebagai BURU BANGUNAN gaji tidak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Perkenalkan nama saya zull fikar. Dan saya ingin mengucapkan banyak terimah kasih kepada MBAH JONOSEUH atas bantuannya selama ini dan saya tidak menyanka kalau saya sudah bisa sukses dan ini semua berkat bantuan MBAH JONOSEUH,selama ini, saya yang dulunya bukan siapa-siapa bahkan saya juga selalu dihina orang2 dan alhamdulillah kini sekaran saya sudah punya usaha Restoran sendiri,itu semua atas bantuan beliau.Saya sangat berterimakasih banyak kepada MBAH JONOSEUH atas bantuan nomor togel dan dana ghaibnya, dan saya yang dulunya pakum karna masalah faktor ekonomi dan kini kami sekeluarga sudah sangat serba berkecukupan dan tidak pernah lagi hutang sana sini,,bagi anda yang punya masalah keuangan jadi jangan ragu-ragu untuk menghubungi MBAH JONOSEUH karna beliau akan membantu semua masalah anda dan baru kali ini juga saya mendaptkan para normal yang sangat hebat dan benar-benar terbukti nyata,ini bukan hanya sekedar cerita atau rekayasa tapi inilah kisah nyata yang benar-benar nyata dari saya dan bagi anda yg ingin seperti saya silahkan hubungi MBAH JONOSEU di 0823 4444 5588 dan ingat kesempatan tidak akan datang untuk yang ke 2 kalinya terimah kasih..

      Delete

Note: Only a member of this blog may post a comment.