`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Friday, December 16, 2016

KHUTBAH: AGONG TUNGGAK KEDAULATAN ISLAM

Khutbah Jumaat Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mengingatkan umat Islam bahawa perlunya bersatu padu menjunjung institusi raja berpelembagaan.
Menurut teks khutbah itu, sejak zaman kesultanan Melayu Melaka lagi masyarakat Melayu Islam menunjukkan penghormatan kepada raja.
Penghormatan itu berasaskan peranan raja sebagai penaung dan simbol kepada agama Islam.
Kata mimbar, uniknya kedudukan institusi raja di negara ini mendapat tempat istimewa dalam strata masyarakat kerana menjadi tonggak kepada keadilan dan kestabilan hidup rakyat.
Oleh itu, Raja diumpamakan sebagai ‘pohon’ yang memayungi rakyat dengan cara memimpin, melindungi dan menjaga kebajikan.
Rakyat pula disamakan dengan ‘akar’ yang bertanggungjawab menumpahkan taat setia kepada raja dan tidak sesekali menderhaka selama mereka taat kepada Allah dan Rasul, kata mimbar.
Khutbah bertajuk “Yang Dipertuan Agong: Tonggak Kedaulatan Islam” itu bersempena pelantikan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke-15 Sultan Muhammad V.
“Yang Dipertuan Agong merupakan tonggak kedaulatan Islam di bumi Malaysia, bahkan menjadi lambang keyakinan rakyat terhadap sistem pemerintahan demokrasi yang berperanan sebagai tonggak perpaduan,” kata mimbar.
Sultan Muhammad V, 47, menggantikan Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah.
– M’kini

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.