`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Sunday, December 18, 2016

Panik takut kena denda lewat tukar kad, ada pelanggan tendang kiosk

Foto pelanggan Maybank di cawangan KLCC beratur panjang untuk menukar kad debit seperti tersebar meluas di media sosial minggu ini.© Provided by Malay Mail Online Foto pelanggan Maybank di cawangan KLCC beratur panjang untuk menukar kad debit seperti tersebar meluas di media sosial minggu ini.KUALA LUMPUR, 17 Dis — Pemegang kad debit dinasihatkan tidak panik dengan khabar angin kononnya akan dikenakan penalti RM12.70 jika tidak menukar kad selepas 18 Disember.
Susulan salah faham itu, cawangan-cawangan Maybank diserbu orang ramai yang bimbang akan dikenakan penalti sekiranya tidak berbuat demikian.
Sebuah cawangan bank utama itu di Shah Alam, Selangor mengakui “tidak menang tangan” melayan orang ramai yang ingin menukar kad sejak awal minggu ini.
“Dalam sehari sebanyak 250 kad baru dikeluarkan kepada pelanggan yang beratur di kaunter khidmat pelanggan cawangan kami,” kata seorang kakitangan di cawangan AEON Mall.
“Itu tidak termasuk yang menggunakan mesin kiosk. Stok kad yang disediakan dalam mesin sebanyak 4,000 dan ia habis dalam masa dua hari.”
Tambahnya, orang ramai beratur panjang dari awal 9 pagi sebelum bank mula beroperasi hingga premis pusat beli-belah itu tutup pukul 10 malam.
“Keadaan agak kelam-kabut. Ada juga pelanggan yang marah-marah dan mengadu masalah sistem, ada juga yang menyepak mesin kiosk dan menyalahkan pihak bank.
“Sedangkan pelanggan sudah dimaklumkan lama melalui SMS, emel dan media sosial tentang pertukaran kad,” kata kakitangan itu ketika dihubungi ProjekMMO semalam.
Katanya lagi, Maybank sejak dua bulan lalu mengambil inisiatif membuka kaunter pada Sabtu untuk menukar kad dari pukul 10 pagi hingga 2 petang.
Pelangan CIMB beratur panjang untuk menukar kad debit kepada Pin & Pay sebelum 31 Disember ini dalam tinjauan Bernama baru-baru ini. — Foto Bernama© Provided by Malay Mail Online Pelangan CIMB beratur panjang untuk menukar kad debit kepada Pin & Pay sebelum 31 Disember ini dalam tinjauan Bernama baru-baru ini. — Foto BernamaBerikutan itu, Maybank menjelaskan makluman yang tersebar di laman sosial, termasuk di Facebook, berhubung penalti RM12.70 tidak tepat.
Jelasnya, semua pemegang kad ATM atau debit digalakkan menukar kad sebelum 18 Disember bagi mengelakkan kesulitan, terutama kesibukan musim perayaan bulan ini.
“Tidak ada sebarang caj dikenakan bagi penukaran kali pertama,” kata bank itu.
Pelanggan boleh menukar kad melalui laman web Maybank2u, kiosk penukaran atau cawangan Maybank di seluruh negara, tambah bank terbesar itu di Facebook, kelmarin.
Bermula 1 Januari, pengguna kad akan dikenakan caj RM12 untuk pertukaran kad baru. Namun, pelanggan boleh mengeluarkan wang di ATM walau masih memegang kad lama.
Selain Maybank, bank-bank lain termasuk bank kedua terbesar negara CIMB turut diserbu pelanggan untuk menukar kad.
Bank Negara Malaysia menyarankan pengguna beralih kepada kad bayaran baru berasaskan penggunaan nombor pengenalan peribadi (PIN) selewat-lewatnya hujung tahun ini.
Kemudian, pengguna dinasihatkan segera mengaktifkan kad, memilih nombor PIN dan mula menggunakan kad di terminal pusat jualan yang disediakan peniaga.

1 comment:

  1. saya pendatang baru di ROOM ini ingin mengucapkan terima kasih banyak kepada Aki Sholeh Paty , berkat bantuan No togel 4Dnya 7888 yang aki berikan ternyata benar2 tembus, saya tidak tau harus berbuat apa untuk membalas kebaikan AKI,awalnya saya kurang yakin dengan angka yang MBAH berikan, tapi ternyata alhamdulillah saya menang 4D lagi dan sionya, sudah berapa banyak peramal yang saya hubungi tidak ada satupun yang tembus malahan hutang-hutang saya bertambah banyak,kini kehidupan saya jauh lebih sukses dari pada sebelumnya ini semua berkat bantuan AKI SHOLEH PATY,bagi teman-teman pembeli kupon putih yang tidak pernah merasakan kemenangan 4D silahkan hubungi Aki Sholeh Paty di nomor : 0852-4466-9169-dan angka yang di berikan AKI SHOLEH PATY dalam7 putaran ini tidak perna meleset,anda jangan mudah tergiur dengan janji-janji saatnya kita perlu bukti hanya AKI SHOLEH PATY yang menjamin 100% kemenangan.kalau mau bukti hubungi sekarang. SEMOGA.JP
    BalasHapus

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.