`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Wednesday, December 14, 2016

SHAFIE: ‘RIBUAN KERJA PROTON, MAS TAPI 1MDB ARUL KANDA SAJA’

Bekas naib presiden Umno Datuk Seri Mohd Shafie Apdal menyanggah pihak yang mengkritik tindakan kerajaan menyelamatkan Proton Holding Bhd (Proton) dan syarikat Malaysia Airlines (MAS) pada era Tun Dr Mahathir Mohamad.
Mohd Shafie yang kini menjadi presiden Parti Warisan Sabah (WARISAN) memberitahu ia tidak boleh disamakan dengan tindakan kerajaan kini menyelamatkan 1MDB.
Katanya Proton dan MAS menyediakan ribuan peluang pekerjaan kepada rakyat negara ini.
“Sedarkah kita, begitu banyak kereta Proton di atas jalan raya, ada 30,000 anak bangsa kita menjadi vendor dia.
“MAS sampai sekarang masih boleh terbang (beroperasi) walaupun rugi. Berapa banyak anak bangsa kita bekerja di bawah MAS?” katanya.
Bagaimanapun kata bekas menteri itu, keadaan sama tidak dapat dilihat pada syarikat 1MDB.
“Yang saya nampak (di 1MDB) hanya Arul Kanda saja yang bekerja,” katanya merujuk kepada presiden dan ketua pegawai eksekutif syarikat pelaburan milik Kementerian Kewangan itu.
Mohd Shafie ditemui di parlimen hari ini.
Beri kesan kepada negara
Mohd Shafie berkhidmat sebagai menteri kemajuan luar bandar dan wilayah apabila disingkirkan daripada kabinet Datuk Seri Najib Razak kesan daripada perselisihan pendapat mereka berhubung isu 1MDB.
Selain Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tan Sri Muhyiddin Yassin, Mohd Shafie – serta bekas menteri besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir – menjadi antara pengkritik utama Najib.
Muhyiddin dan Mukhriz dipecat daripada Umno manakala Mohd Shafie digantung keahliannya pada Jun lalu.
Muhyiddin, Dr Mahathir dan Mukhriz bergabung menubuhkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) manakala Mohd Shafie mengetuai Parti Warisan Sabah (WARISAN).
Ketika membangkitkan isu 1MDB Mohd Shafie mempertikaikan pulangan yang diperolehi negara daripada pelaburan kerajaan ke atas firma berkenaan.
“Apa pulangan pelaburan yang kita dapat daripadanya. Ini yang kita nak tanya.
“Amalan ini perlu dipersoalkan kerana ia memberi kesan kepada perolehan negara,” katanya.
– M’kini

1 comment:

  1. Saya sekeluarga mengucapkan banyak trima kasih kepada AKI MUPENG karena atas bantuannyalah saya bisa menang togel dan nomor gaib hasil ritual yang di berikan AKI MUPENG bener-bener dijamin tembus dan saat sekarang ini kehidupan saya sekeluarga sudah jauh lebih baik dari sebelumnya itu semua berkat bantuan AKI kini hutang-hutang saya sudah pada lunas semua dan.sekarang saya sudah buka usaha sendiri. jika anda mau bukti bukan rekayasa silahkan hubungi/sms AKI MUPENG di 0852 9445 0976, atau KLIK DISINI, insya allah angka beliau di jamin tembus dan beliau akan menbantu anda selama 3x putaran berturut-turut akan memenangkan angka togel dan ingat kesempatan tidak datang 2x,trima kasih....




















    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.