`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Tuesday, December 20, 2016

Video Jamal Di Bilik Air Dikutuk Netizen



Tindakan Ketua Umno Bahagian Sungai Besar Datuk Seri Jamal Md Yunos hari ini memuat naik status dan video di laman facebooknya yang memaparkan beliau berada di dalam bilik air sambil menyalahkan Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohd Azmin Ali kerana ketiadaan air di negeri itu sejak dua hari lalu dikutuk netizen.

Video berdurasi 34 saat itu menunjukkan Jamal tanpa berbaju sedang berada dalam sebuah bilik air berkata:" Nak keluar pagi mandi pun tak boleh,air pun takda...gampang menteri besar selangor Azmin Ali, mangkuk ayun betul..selalu macam ni..pagi tak mandi...pagi tak mandi," ujarnya.

Video yang dimuat naik sejam lalu itu juga mendapat kecaman netizen seolah-olah beliau tidak sedia maklum akan hal tersebut, antaranya menyindir beliau kerana menyalahkan menteri besar terhadap krisis air yang bermula sejak 19- 24 Disember ini berikutan kerja penyelenggaraan di lakukan TNB .

Netizen Ali Adriano berkata," jangan tunjuk tak pergi sekolah, buat malu orang kampung jer...dah bagi tahu lama dah akan datang tak ada air beberapa hari," ujarnya.

Bagi Muhammad Sollehin Mohd Shah berkata;" Aiikk...bilik air punya lawa, rumah punya mewah takkan tak ada tangki air besar, takan tak simpan sumber air. Pelik."

Bagi Rosfaz Qhafiq Qurr pula berkata:" kalau bising-bising jangan guna air Selangor...ko sambung paip dari Pekan terus ke rumah ko," ujarnya.

Manakala ramai lagi netizen yang menghamburkan kata-kata kesat kepada Jamal yang juga Presiden Gabungan NGO Melayu Malaysia ini.

Difahamkan juga ekoran ketiadaan bekalan air dalam tempoh enam hari, Jamal akan mengadakan sidang medianya di Pejabat Setiausaha Kerajaan Selangor di Shah Alam berkaitan isu air di Selangor jam 9.30 pagi esok.

Semalam dilaporkan hampir 3.9 juta pengguna akan berhadapan dengan bekalan air terputus susulan kerja penyelenggaraan Tenaga Nasional Berhad (TNB) di Pencawang Masuk Utama (PMU) Bukit Badong, Kuala Selangor.

Gangguan itu melibatkan 707,759 akaun di 814 kawasan di Petaling, Klang, Shah Alam, Gombak, Kuala Langat, Hulu Selangor, Kuala Selangor dan Kuala Lumpur.

Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) sebelum ini memaklumkan kerja penyelenggaraan TNB dan henti tugas berkenaan akan dilaksanakan selama 16 jam mulai 8 pagi.

Ia sekali gus menjejaskan operasi di loji-loji rawatan air utama Sungai Selangor yang membekalkan air kepada 60 peratus pengguna di Lembah Klang.

Gangguan air dijangka berlaku sehingga ambang sambutan Krismas, 24 Disember ini.

bagaimanapun respon terhadap TNB ini Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohd Azmin Ali mahu tempoh gangguan bekalan air di beberapa bahagian di Lembah Klang berakhir lebih awal daripada jangkaan enam hari.

Beliau berkata mesyuarat bersama antara Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) akan diadakan bagi meneliti bagaimana untuk mempercepatkan kerja-kerja senggaraan di pencawang masuk utama (PMU) Bukit Badong lapor MalaysiaDateline

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.