`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Saturday, December 17, 2016

ZAHID HAMIDI LAMBAT, MARAHLAH KJ KALAU MACAM NI

Timbalan Perdana Menteri, Ahmad Zahid Hamidi hari ini tampil menjelaskan bahawa pembatalan undangan kepada Tun Mahathir Mohamad ke istiadat melafaz dan menandatangani surat sumpah jawatan Yang Dipertuan Agong ke 15 di Istana Negara, Selasa lalu bukan atas arahan Pejabat Perdana Menteri.
Menurutnya, beliau telah membuat semakan terhadap perkara itu dan mendapati urusan tersebut adalah di bawah kuasa Istana Negara.
“Bahagian istiadat hanya menerima arahan. Jangan salahkan bahagian istiadat Jabatan Perdana Menteri atau Pejabat Perdana Menteri sendiri.
“Kalau tidak berpuas hati sila menghadap Yang Dipertuan Agong untuk mendapatkan penjelasan, jangan salahkan orang lain,” kata Zahid lagi.
Tapi, hari ini sudah 16hb Disember sedangkan berita mengenai pembatalan jemputan kepada Tun Mahathir itu sudah tersebar sejak 7hb Disember lagi?
Kenapa Zahid mengambil masa begitu lama untuk membuat semakan?
Bukankah sebagai orang nombor dua dalam kerajaan, Zahid sepatutnya boleh membuat semakan dengan lebih cepat lagi?
Bukankah juga, Khairy Jamaluddin sudah mengingatkan bahawa sebarang dakwaan mengenai kerajaan mesti dijawab atau dijelaskan dalam tempoh tidak melebihi dua hari?
Marahlah KJ kalau macam ni….
Namun, ke mana KJ sendiri menghilang diri untuk menjawab dakwaan Mukhriz Mahathir yang dibuat pada 10 Disember lalu bahawa beliau pernah menghantar surat perletakan jawatan kepada Najib kerana tidak berpuas hati dengan penjelasan mengenai 1MDB?
KJ di mana? KJ di mana?
– http://shahbudindotcom.blogspot.my/

1 comment:

  1. If the simple principals of natural frame building eating regimen are observed your exercising habitual will hugely advantage and your profits can be larger and better. http://testoupmaxfacts.com/max-test-xtreme/

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.