`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Wednesday, February 1, 2017

Nasi kandar Pelita nafi restoran tak halal

Pelita-director-D-Ramesh-1© Provided by MToday News Sdn Bhd Pelita-director-D-Ramesh-1
BUTTERWORTH: Rangkaian restoran Nasi Kandar Pelita Samudra Pertama (M) Sdn Bhd (Pelita) hari ini menafikan dakwaan kononnya restoran itu tidak halal kerana dimiliki orang bukan Islam.
Dakwaan itu menjadi tular di laman sosial Facebook dan aplikasi WhatsApp sejak minggu lepas.
Pengarah Eksekutif Pelita, Datuk D Murugan berkata beliau kecewa dengan pihak yang memfitnah restoran berkenaan sedangkan 25 cawangannya mempunyai sijil halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).
“Pembabitan saya selaku bukan beragama Islam dalam perniagaan Pelita ini menimbulkan pelbagai fitnah dan tohmahan.
Pelita-director-D-Ramesh-3© Provided by MToday News Sdn Bhd Pelita-director-D-Ramesh-3
“Sehingga ada yang mempersoalkan sama ada seorang beragama Hindu boleh berkongsi perniagaan dengan yang beragama Islam,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Ekoran itu beliau mendapatkan penjelasan daripada seorang pendakwah bebas terkenal yang menasihatinya tidak timbul isu atau masalah jika penganut beragama lain menjadi rakan kongsi orang Islam.
Katanya, isu restoran itu tidak halal menjadi tular sejak 2012 serta berlarutan sehingga sekarang dan kemuncaknya pada minggu lepas selepas Pelita mengumumkan pembukaan cawangan baharu di Arab Saudi.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.