`

THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!
Image result for istiadat pertabalan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V sebagai Yang di-Pertuan Agong Malaysia ke-15

Tuesday, January 31, 2017

‘Ringgit meningkat, minyak mentah turun, mengapa petrol naik lagi?’

DAP mahu kerajaan memberikan penjelasan terperinci bagaimana ia membuat perkiraan kenaikan terkini harga petrol dan diesel.
tony-pua-petrol
PETALING JAYA: DAP mempertikaikan harga baharu petrol dan diesel yang berkuat kuasa tengah malam tadi, dan berkata kenaikan kali ini tidak boleh diterima memandangkan harga minyak mentah sedunia menurun di samping kenaikan nilai ringgit.
Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua berkata kerajaan perlu menjelaskan bagaimana ia mengira kenaikan yang diumumkan malam semalam.
Mulai 1 Februari, harga runcit petrol RON95 dan RON97 masing-masing ditetapkan RM2.30 dan RM2.60 seliter, iaitu kenaikan 20 sen, manakala diesel naik 10 sen kepada RM2.15. Ia merupakan kenaikan kedua pada tahun ini.
Pua berkata kenaikan pada bulan Januari “mungkin boleh difahami”.
“Ia disebabkan kenaikan harga minyak mentah pada Disember,” kata Pua.
Katanya, sementara harga minyak mentah pada Disember 2016 naik daripada AS$51.48 kepada AS$56.73 setong, ia menyusut sedikit pada Januari kepada AS$55.86, kata Pua.
Beliau berkata kemerosotan ringgit, yang menurut Putrajaya merupakan antara punca kenaikan harga minyak, juga tidak boleh dijadikan alasan kali ini.
Ini kerana, menurut Pua, nilai ringgit pada Januari adalah di sekitar RM4.42 berbanding dolar AS, naik sedikit daripada RM4.48 pada Disember.
“Kami menuntut pendedahan penuh data, formula dan butiran tepat bagaimana kenaikan harga minyak dikira supaya rakyat Malaysia tahu mengapa mereka terpaksa tersiksa akibat dasar kerajaan,” kata ahli Parlimen Petaling Jaya Utara itu.
Disember lalu, Pengarah Komunikasi Strategik Kementerian Kewangan Datuk Lokman Noor Adam membayangkan kenaikan harga petrol pada tahun ini, berikutan peningkatan harga pasaran minyak mentah dunia dan prestasi lemah ringgit berbanding dolar AS.
“Dengan pengukuhan dolar Amerika berbanding ringgit Malaysia kini, ia mengakibatkan kos pembelian minyak juga meningkat. Ia memberi kesan kepada penetapan harga bahan api di Malaysia,” katanya. -FMT

No comments:

Post a Comment