`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Sunday, February 19, 2017

Bas Pasukan JDT Disimbah Cat.

Dua bas milik pasukan bola sepak Johor Darul Takzim (JDT) yang ditempatkan di kawasan Pasukan Simpanan Persekutuan (PSP) Unit 5, Sungai Senam di sini disimbah cat awal pagi Sabtu. 


Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Sum Chang Keong berkata dalam kejadian kira-kira pukul 4.15 pagi itu, seorang anggota polis melakukan rondaan di sekitar kawasan berkenaan terdengar bunyi di tempat meletak kedua-dua bas itu. 

Beliau berkata anggota polis itu bergegas ke kawasan bas berkenaan dan ternampak kelibat dua lelaki di luar pagar kawasan berkenaan namun kedua-dua suspek sempat melarikan diri dengan menaiki sebuah motosikal. 

"Hasil pemeriksaan mendapati kedua-dua bas itu telah dibaling dengan cat di bahagian belakang kenderaan itu. Polis turut menemukan beg plastik yang telah pecah mengandungi cat di atas tanah di bahagian belakang bas tersebut," katanya seperti dilaporkan Bernama. 

Sum berkata hasil siasatan mendapati suspek membaling cat ke arah bas dari luar pagar pada jarak kira-kira 25 hingga 30 meter. 

Menurutnya identiti kedua-dua suspek yang melakukan perbuatan itu masih belum dapat dikenal pasti dan polis sedang menjalankan siasatan lanjut mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana khianat. 

JDT berada di Ipoh untuk aksi bola sepak Liga Super menentang Perak di Stadium Perak di sini malam Sabtu. 

Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA) sebelum ini dihukum bermain tiga perlawanan rasmi tanpa penonton di gelanggang sendiri ekoran penyokong The Bos Gaurus bertindak di luar kawalan semasa perlawanan Liga Super 2016 antara Perak dan JDT 6 Ogos lepas.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.