`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Thursday, February 23, 2017

BN WP SEKADAR BERLAKON ATAU MENYANGGAH DASAR NAJIB?

Tidakkah ini sebenarnya sesuatu yang pelik?

Kerajaan yang memerintah yang di setiap bulan sejak kebelakangan ini menaikkan harga minyak ialah BN.

Tetapi BN Wilayah Persekutuan dilaporkan akan memberi bantuan petrol percuma kepada penunggang motorsikal pada setiap awal bulan bermula April nanti.

Bantuan yang disasarkan kepada kira-kira 117,000 penunggang motorsikal itu akan diberikan di setiap kawasan Parlimen di Wilayah Persekutuan, Labuan dan Putrajaya.
Tidakkah ini memperlihatkan BN Wilayah Persekutuan seperti sedang berlakon dalam tindakan mereka?

Jika kerajaan BN sudah dengan keputusan menaikkan harga minyak, buat apa lagi diberi bantuan petrol percuma kepada rakyat?

Bukankah BN Wilayah Persekutuan sepatutnya mempertahankan keputusan kerajaan BN itu?

Buat apa mereka memberi petrol percuma sedangkan yang menaikkan harga minyak itu ialah BN juga?

Apakah BN Wilayah Persetukuan tidak sedar bahawa mereka adalah sebahagian kerajaan dan bukan pihak pembangkang. Mungkin tidak menghairankan jika parti-parti pembangkang yang bertindak memberikan petrol percuma itu.

Ataukah BN Wilayah Persekutuan sedang menyanggah dasar Najib Razak berkaitan rasionalisasi subsidi petrol secara senyap-senyap?

Lagi pula, yang dimahukan rakyat bukannya petrol percuma pada setiap awal bulan, sebaliknya penetapan harga pada kadar yang munasabah dan sesuai dengan kedudukan Malaysia sendiri sebagai negara pengeluar minyak.

Dalam pada itu, dengan memberi petrol percuma, apakah BN Wilayah lupa dengan kata-kata  Ketua Pemuda UMNO merangkap Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin sebelum ini pernah mengatakan bahawa kenaikan harga minyak tidak sepatutnya menjadi masalah kepada rakyat kerana ia sudah pun ditampung dengan pemberian BR1M yang diperkenalkan oleh Najib? (SH).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.