`

THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!

Thursday, February 16, 2017

RINGGIT JATUH: RAMAI CARI KERJA DI SINGAPURA

AKIBAT kejatuhan nilai ringgit, jumlah rakyat tempatan yang merantau mencari kerja di Singapura telah meningkat dalam tempoh setahun.
Pengarah Eksekutif Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF). Datuk Shamsuddin Bardan berkata, dianggarkan, sebanyak 24 peratus pekerja tempatan sanggup berhenti kerja tahun lalu untuk mencari pendapatan yang lebih di negara jiran itu.
“Sejak nilai ringgit mulai menyusut awal tahun lalu, sekurang-kurangnya dua peratus pekerja di negara kita telah letak jawatan dan berhijrah menjadi pekerja asing di Singapura setiap bulan ataupun 24 peratus sejak Januari tahun lalu hingga hari ini,” kata Shamsuddin kepada China Press.
Menurutnya, sekiranya bekerja di Singapura, pendapatan yang diperoleh lebih tinggi antara 2 hingga 2.5 kali ganda berbanding gaji yang diperoleh di Malaysia.
“Dolar Singapura lebih tinggi daripada ringgit Malaysia. Maka tidak hairanlah kenapa ramai rakyat kita, terutama sekali golongan muda dan yang bujang sanggup pergi mencari kerja di Singapura,” kata Shamsuddin.
Shamsuddin turut mengesahkan buat masa ini, kebanyakan kedai kopi dan restoran di Johor Bahru menghadapi kekurangan pekerja setelah ramai pekerja tempatan pergi mencari rezeki di Singapura.
“Ramai pengusaha kedai dan restoran di Johor Bahru memang menghadapi masalah besar  mendapatkan pekerja. Perkembangan ini dipercayai akan terus berlaku untuk jangka masa  yang agak panjang dan ia cukup membimbangkan kepada negara kita,” kata beliau.
Beliau menasihatkan rakyat tempatan yang berhasrat bekerja di Singapura perlu memikirkan dengan sedalam-dalamnya, lebih-lebih lagi bagi warga Johor Bahru yang ingin berulang alik setiap hari.
– SH

No comments:

Post a Comment