`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Thursday, February 23, 2017

[VIDEO] Jemput Husam Rupa-rupanya Nak Maki Husam Depan-depan

‘Saya jemput Husam dengar bukan berceramah’ 

Timbalan Ketua Pemuda PAS, Nor Azariza Alawi menjelaskan beliau ‘mengajak’bekas Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa untuk hadir pada ceramah "Husam Lari Dari Debat Baiah" di Kota Bharu, pada Isnin lalu sebagai penonton dan bukannya sebagai penceramah. 

Sehubungan, beliau kesal apabila sesetengah pihak cuba mengaitkan pelawaan menerusi Facebook miliknya sebagai jemputan rasmi Husam untuk berceramah bersama-sama pemimpin PAS lain. 


“Saya mengajak beliau (Husam) untuk hadir sebagai penonton, bukan sebagai penceramah,” katanya yang dipetik akhbar Sinar Harian hari ini. 

“Saya harap semua orang faham benda ini dengan jelas, kita jemput dia bersama-sama untuk dengar apa yang kita hendak sampaikan dalam ceramah itu, bukan jemput untuk bagi ceramah sebagaimana orang lain. 

“Ceramah yang dianjurkan oleh Pemuda PAS negeri adalah ceramah mega terbuka dan bebas dihadiri sesiapa sahaja. Tetapi dia datang bersama pengikut-pengikutnya, kita jemput naik (pentas) sebab dia pimpinan parti walaupun dari AMANAH,” katanya. 

Nor Azariza berkata demikian kepada Sinar Harian apabila diminta mengulas dakwaan Husam yang melihat tindakan penganjur menolak permintaannya untuk berucap sebagai tidak ‘gentleman’. 

Mengulas lanjut, Azariza berkata, sepatutnya Husam menghormati perjalanan ceramah dan tidak perlu menimbulkan suasana yang kurang senang sepertimana yang berlaku. 

“Jika beliau tidak puas hati bila nama dia terbentang dalam kain rentang ceramah yang bertajuk ‘Husam Lari Dari Debat Bai’ah’ lebih baik dia buat ceramahnya sendiri. 

“Kita tengok siapa yang akan dengar ceramah dia,” katanya. 

Isnin lalu, tanpa diduga banyak pihak, Husam muncul di di pekarangan Stadium Sultan Muhammad IV di Kota Bharu dan mengambil tempat di pentas ceramah dengan duduk di barisan kerusi di belakang Nassuruddin. 

Husam berada di situ untuk beberapa ketika sambil mendengar ucapan yang mengecam dirinya. 

Kemunculan Husam itu dikatakan menimbulkan ketidakselesaan penonton serta pimpinan PAS yang ada di atas pentas itu. 

Menjelaskan keadaan itu melalui Facebook, Husam menulis: "Ingatkan malam ini debat baiah akan berlangsung. Malang! Bukan Husam lari. Husam mari." 

Husam kemudian meminta sedikit masa untuk memberi penjelasan pada ceramah itu kerana ia secara khusus mengkritik dirinya. 

Bekas setiausaha politik Allahyarham Datuk Nik Aziz Nik Mat itu memaklumkan kepada pengerusi majlis, beliau mesti diberi masa untuk berucap kerana namanya telah "dijual". 

"Nazman (pengerusi majis) memberitahu, (Exco Kelantan) Datuk Nassuruddin (Daun) tidak benarkan!" katanya di Facebook. 

Husam akhirnya meninggalkan kawasan ceramah selepas tindakan beberapa individu menyebabkan keadaan menjadi tegang. -mk 



ULASAN GB 

Tajuk ceramah pun pada malam itu sudah menunjukkan sifat penipu dan pendusta PAS Kelantan: "HUSAM LARI DARI DEBAT BAIAH". 

Penipu dan pendusta kerana, Husam tidak lari malah dia hadirkan diri tetapi tidak lansung diberi peluang untuk membela diri walapun istilah digunakan ialah DEBAT. Debat gapo jika hanya sebelah pihak? 

Lepas tu dijemput naik ke atas pentas, untuk apa? Supaya kamu dapat hentam dan belasah Husam depan-depan, untuk mengaibkannya depan-depan? 

Husam tidak minta untuk bercerama tetapi kerana namanya telah digunakan di dalam tajuk ceramah itu, beliau sepatutnya diberi peluang untuk memberi sedikit penjelasan.  Tetapi tidak dibenarkan.

Bukankah itu binatang sifatnya? 

Kamu menggelarkan diri kamu ulama, tetapi penakut dan pengecut apabila berdepan orang yang kamu maki dan caci itu! 

GB jarang menggunakan bahasa kesat dan kasar, tetapi kerana orang-orang PAS termasuk ulamak-ulamaknya yang hari-hari kutuk dan maki orang AMANAH dengan cara yang biadab dan kasar, maka terpaksalah bahasa GB berbunyi demikian. GB sama sekali tidak apologetik tetapi pepatah Inggeris ada menyatakan "we dont whisper when they are shouting".

Hebat sangatkah GB? Hebat tak hebat, hukum kebenaran dan keadilan tetap berjalan. Setakat ini alhamdulillah, GB berada di atas landasan kebenaran dan keadilan dan akan sentiasa menang lantarannya! 

Tentang baiah, GB sudah ulas sebelum ini di SINI. Yang nyata ATGNA sendiri pernah menyatakan: 


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.