`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Thursday, February 23, 2017

Rahsia Ketua Audit Negara Yang Baru Terbongkar


Rahsia Ketua Audit Negara Yang Baru Terbongkar. Pelantikan Tan Sri Madinah Mohamad sebagai ketua audit negara terus dipertikai walau beliau belum pun memasuki pejabat.

Selepas isu berkaitan suaminya, bekas ketua setiausaha kementerian pendidikan itu berdepan pertikaian berhubung kelayakannya.

Satu kumpulan, Pusat Memerangi Rasuah dan Kronisme (C4), membangkitkan kebimbangan itu dengan berhujah seorang ketua audit negara harus mempunyai kebolehan dan pengetahuan khusus dalam bidang audit, perakaunan dan pengurusan kewangan.

Rahsia Ketua Audit Negara Yang Baru Terbongkar. “Apa proses dan pertimbangan perdana menteri yang mencadangkan beliau ke jawatan itu?” soal pengarah eksekutif C4 Cynthia Gabriel.

Madinah, 60, berkelulusan sarjana muda dalam bidang sains politik serta ijazah sarjana dan kedoktorannya pula diperoleh dalam bidang sumber manusia.

Cynthia menegaskan kedudukan Madinah penting memastikan mekanisme semak dan imbang serta ketelusan dalam pentadbiran Datuk Seri Najib Razak.

Rahsia Ketua Audit Negara Yang Baru Terbongkar


Madinah akan memulakan tugasnya esok, menggantikan Tan Sri Ambrin Buang yang tamat tempoh perkhidmatan.

Ambrin, yang hari terakhirnya hari ini, terlibat dalam audit berkaitan kontroversi 1MDB.


Rahsia Ketua Audit Negara Yang Baru Terbongkar. Bagaimanapun, kerajaan enggan mendedahkan laporan itu dan mengelaskannya bawah Akta Rahsia Rasmi 1972. - mk

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.