`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Sunday, May 21, 2017

Bekas hakim: RUU 355 tak sesuai, Malaysia negara sekular perlu dipertahan

Hishamudin Yunus, bekas hakim Mahkamah Rayuan, berkata cadangan meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (RUU 355) tidak sesuai dan tidak akan diterima kebanyakan rakyat Malaysia.
Mohd-Hishamudin-Yunus-ruu355KUALA LUMPUR: Rakyat perlu mempertahankan Malaysia sebagai sebuah negara sekular seperti yang diilhamkan oleh Bapa Kemerdekaan Tunku Abdul Rahman Putra Alhaj, kata Datuk Seri Mohd Hishamudin Yunus.

Bekas hakim Mahkamah Rayuan itu berkata, cadangan meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (RUU 355) tidak sesuai dan tidak akan diterima oleh kebanyakan rakyat Malaysia.
Hishamudin berkata, hujah kononnya RUU 355 tidak akan memberi kesan kepada bukan Islam juga tidak boleh diterima.
Dipetik The Star, beliau berkata, terdapat kes-kes biasa seperti orang asli tersalah didaftar sebagai orang Islam, kanak-kanak bukan Islam memeluk agama Islam kerana salah seorang ibu bapa dan mayat dirampas oleh pihak berkuasa Islam yang mendakwa si mati seorang Islam walaupun tidak mempunyai bukti kukuh.
“Baru-baru ini, peniaga-peniaga di Kelantan termasuk bukan Islam, telah diarah tutup kedai semasa solat Maghrib.
“Dalam kes-kes seperti ini, hujah bahawa undang-undang syariah tidak memberi kesan ke atas bukan Islam tidak boleh diterima,” kata Hishamudin yang bersara pada 2015 selepas 24 tahun berkhidmat.
Beliau berkata, apa yang telah dipersetujui dalam Perjanjian Malaysia 1963 dan ditulis dalam Perlembagaan Persekutuan perlu dihormati dan diikuti oleh semua.
“Kebebasan agama amalan dijamin semasa rundingan untuk menubuhkan Malaysia. Isu hudud tidak pernah timbul.
“Jika ia berlaku kemudian, sudah tentu cadangan itu ditolak oleh rakyat Borneo Utara dan Sarawak,” katanya ketika berucap pada satu forum Sisters in Islam di sini.
Sehubungan itu, kata beliau, pindaan Kanun Jenayah Syariah II Kelantan 1993 pada tahun 2015 bertentangan dengan Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan yang menegakkan kesamarataan di sisi undang-undang.
Ia juga bercanggah dengan Perkara 74 yang menyatakan bahawa hanya Parlimen mempunyai kuasa untuk membuat undang-undang mengenai kesalahan jenayah, katanya.
Bagi undang-undang itu dikuatkuasakan di Kelantan, Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 perlu dipinda, katanya.
“Pada pendapat saya, had 3 tahun penjara, denda RM5,000 dan 6 sebatan yang diperuntukkan di bawah Akta 355 dan lulus pada tahun 1965 kemudian dipinda pada tahun 1984, adalah memadai dengan skop yang terhad kepada kesalahan syariah dan sesuai dengan sifat sekular Perlembagaan Persekutuan,” katanya.
Beliau berkata, RUU 355 mengabaikan prinsip keadilan berkadar dalam undang-undang jenayah.
“Bagaimanapun, pindaan terbaharu iaitu maksimum penjara 30 tahun, denda RM100,000 dan 100 sebatan yang dicadangkan sangat melampau dan hampir sama dengan bidang kuasa jenayah Mahkamah Sesyen,” kata Hismaudin.
Perbahasan RUU 35, yang dibentangkan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bulan lalu telah ditangguhkan ke persidangan Parlimen akan datang yang dijadual berlangsung Julai ini.
Pembentangkan usul itu mencetuskan polemik dan kontroversi di kalangan pelbagai pihak badan-badan bukan kerajaan dan parti politik termasuk di antara komponen Barisan Nasional. -FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.