`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Wednesday, May 31, 2017

3 pelajar Malaysia disoal polis Manchester ‘tolak fahaman pelampau’

Kemesraan mereka mungkin diperalatkan oleh pengebom bunuh diri Manchester, Salman Abedi.
Wajah 3 pelajar Malaysia yang disoal siasat di Manchester, seperti dilaporkan akhbar The Times UK malam tadi.
Wajah 3 pelajar Malaysia yang disoal siasat di Manchester, seperti dilaporkan akhbar The Times UK malam tadi.
PETALING JAYA: Tiga pelajar Malaysia yang disoal siasat polis Britain berhubung serangan bom yang dilakukan pemuda bernama Salman Abedi di sebuah konsert di Manchester pada 22 Mei lalu, dikatakan menentang keras fahaman pelampau dan keganasan, menurut laporan sebuah akhbar Britan.

Ia memetik seorang sahabat mereka yang menyifatkan ketiga-tiga pelajar itu rajin dan mempunyai perwatakan baik.
Dua daripada mereka dikenal pasti sebagai Aliff Farhan dan Muhd Helmi. Ketiga-tiga pelajar menuntut di 2 buah universiti di bandar raya itu.
Pelajar jurusan perubatan, Aliff dipercayai aktif dalam persatuan Islam di Universiti Manchester, dan mengasaskan Independent School of Free Thinkers (ISFT), kumpulan yang kerap menganjurkan perbincangan tertutup mengenai tema kapitalisme, orientalisme dan sastera.
Salah satu acara dianjurkan kumpulan itu ialah “Fundamentalisme Islamo-Nazi dan keganasan yang menjadi ancaman terbesar terhadap kebebasan dan tatasusila dunia”, menurut The Times.
Dari kalangan 3 pelajar Malaysia yang disoal siasat itu, Alif merupakan salah satu daripada 2 pelajar perubatan di Universiti Manchester, manakala seorang lagi menuntut di Manchester Metropolitan University.
The Times berkata 3 pelajar Malaysia itu disoal siasat disebabkan alamat mereka digunakan Salman, yang meletupkan dirinya ketika konsert penyanyi Amerika Syarikat, Ariana Grande, menyebabkan kematian 22 orang dan kecederaan 116 pengunjung, termasuk kanak-kanak.
Akhbar itu memetik sumber berkata Salman dipercayai mungkin cuba menggunakan kediaman 3 orang pelajar itu sebelum melakukan serangan. Bagaimanapun, kaitan itu terlalu kabur, menyebabkan ketiga-tiga mereka dibebaskan.
Kenalan memberitahu akhbar itu, Salman mungkin mengambil peluang daripada kemesraan pelajar Malaysia.
“Mereka ini rakyat Malaysia dan orang Malaysia secara amnya rapat dengan masyarakat setempat. Sekiranya orang ini diketahui penduduk tempatan dan berkunjung ke masjid berdekatan, mungkin mereka pernah berinteraksi,” kata seorang sahabat kepada 3 pelajar itu.
Soal siasat polis terhadap 3 pelajar Malaysia itu disahkan Kementerian Luar Negeri semalam, yang berkata mereka dibawa ke Balai Polis Longsight di Manchester sebelum dibebaskan 3 jam kemudian.
Salman sebelum ini dilaporkan pernah menuntut di Universiti Salford dalam jurusan perniagaan, tetapi tidak menghabiskan kursus ijazahnya. -FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.