`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Tuesday, May 30, 2017

Lelaki cuba cabul wanita dalam tandas awam kena belasah

SYAITAN dan jin yang menghasut manusia untuk melakukan kesalahan sudah dibelenggu sebaik sahaja tibanya bulan Ramadan. Namun nafsu manusia sentiasa bebas untuk melakukan kesalahan jika gagal dikawal.

Seorang lelaki dikatakan penagih dadah yang sebelum itu cuba mencabul seorang wanita di dalam tandas awam dibelasah beramai-ramai termasuk oleh wanita yang cuba dicabulnya.

Boleh dilihat di dalam rakaman video bagaimana wanita yang hampir-hampir menjadi mangsa cabul itu menendang kemaluan lelaki terbabit sambil mulutnya berulang kali meluahkan rasa marah.
 

Kejadian itu dikatakan berlaku di Pusat membeli belah City Plaza Alor Setar, Kedah semalam. Rakaman video ketika lelaki tersebut dipukul dan dibelasah di depan orang ramai tersebar di laman sosial Facebook.

Di bawah ini rakaman video kejadian ketika lelaki berkenaan dibelasah oleh orang ramai.



Kepada wanita di luar sana, semoga berhati-hati walau dimana jua anda berada terutama ketika di dalam tandas-tandas awam. Kalau boleh elakkan pergi ke tandas awam seorang diri.


-milosuam

1 comment:

  1. Ni Plaza Sentosa la. Nak tulis artikel maklumat tu kena betul. Aduh

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.