`

THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!

Tuesday, May 30, 2017

Saya hanya ucap ‘Salam Ramadan’, kata Sivarasa

Ahli Parlimen PKR itu berkata beliau ke masjid itu menyampaikan sumbangan bersama penyelaras DUN Kota Damansara PKR.
SivarasaAhli Parlimen Subang dari PKR, Sivarasa Rasiah berkata beliau hanya menyampaikan ucapan “Salam Ramadan” kepada jemaah sebuah masjid di kawasan Parlimennya, dan bukan menyampai ceramah seperti didakwa sesetengah pihak.

“Saya hanya buat ucapan ringkas menyampaikan salam Ramadan kepada hadirin dan menegaskan keyakinan saya kepada komitmen kerajaan Selangor terus bimbing institusi surau dan masjid di Selangor,” katanya dipetik Berita Harian hari ini.
Menurutnya, beliau ke Masjid An-Nur di Kampung Melayu Subang atas kapasitinya sebagai wakil rakyat, menemani Penyelaras DUN Kota Damansara, Radzlan Jalaludin bagi menyampaikan sumbangan berjumlah RM71,000.
“Saya juga hadir sebagai Ahli Parlimen kawasan Subang yang dipilih oleh majoriti pengundi Islam dan bukan Islam,” katanya, sambil menafikan beliau ke situ sebagai wakil menteri besar.
Semalam, Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) Datuk Haris Kasim memetik Setiausaha Sulit kepada Sultan Selangor Datuk Munir Bani sebagai berkata Sultan Sharafuddin Idris Shah murka dengan kehadiran Sivarasa di masjid tersebut.
sivarasa-rasiah-dalam-masjid-1Jais ketika ini menjalankan Operasi Tauliah bagi memastikan penceramah jemputan mempunyai tauliah daripada Majlis Agama Islam Selangor (Mais). -FMT

No comments:

Post a Comment